Anwar tidak bercadang jadi Menteri Kewangan

Anwar tidak bercadang jadi Menteri Kewangan

Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bercadang untuk menjadi Menteri Kewangan.

Menurutnya, ketika ini beliau berhadapan pelbagai cabaran besar yang perlu diselesaikan dan berharap ada jalan tuntas bagi masalah tersebut.

“Saya tak bercadang untuk pertimbang jawatan itu (untuk saya). Tapi kita akan perinci semula apa yang menjadi keperluan,” katanya hari ini.

Perdana Menteri ke-10 itu berkata demikian selepas ditanya adakah beliau akan menjawat jawatan itu memandangkan pernah diiktiraf sebagai Menteri Kewangan Terbaik Dunia sebelum ini.

Anwar mendapat pengiktirafan itu oleh EuroMoney pada tahun 1993 selain dinobatkan sebagai Menteri Kewangan Terbaik Asia oleh AsiaMoney.

Dalam pada itu, jemaah Masjid Putra, di sini, mengerumuni Anwar untuk berswafoto selepas beliau selesai menunaikan solat Jumaat.

Pengerusi Pakatan Harapan itu tiba di masjid berkenaan pada jam 1 tengah hari diiringi Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Beliau kemudian beredar ke Bangunan Perdana Putra jam 2.10 petang dan sempat bersalaman dengan jemaah yang hadir diiringi laungan takbir dan reformasi.

Dalam khutbah solat Jumaat, Imam Besar Masjid Putra, Salahuddin Ghozali menitipkan pesanan dengan menyentuh tanggungjawab seorang pemimpin yang harus dipikul dengan amanah.

Anwar memulakan tugas secara rasmi sebagai Perdana Menteri ke-10 hari ini. MG

Anwar tidak bercadang jadi Menteri Kewangan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Video Ismail Izzani tular, Suliza Salam pertahan anaknya

Aedy Ashraf kantoi bercumbu di kelab malam, tampil beri penjelasan

Bangun Nad, kita ada PM baru – Sharifah Amani

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker