Syed Mohd Fazmi lapor polis penyebaran audio palsu

Syed Mohd Fazmi lapor polis penyebaran audio palsu

Setiausaha Politik bekas Perdana Menteri, Datuk Syed Mohd Fazmi Sayid Mohammad menyifatkan penularan audio palsu yang membabitkannya sebagai satu percaturan politik yang jahat dan jijik.

Syed Mohd Fazmi dalam satu kenyataan pada Jumaat turut menafikan bahawa rakaman audio yang tular itu adalah suaranya.

“Saya terkejut dan kecewa dengan penyebaran audio berkenaan yang kononnya merakamkan perbualan antara saya dengan bekas Ahli Parlimen Jempol yang juga Ketua UMNO Bahagian Jempol, Datuk Seri Mohd Salim Mohd Sharif.

“Penularan audio palsu itu merupakan satu percaturan politik yang jahat dan jijik. Tindakan itu juga membuktikan usaha berterusan untuk memusnahkan reputasi saya sebagai Setiausaha Politik kepada perdana menteri kesembilan,” jelasnya.

Beliau turut menyifatkan penyebaran audio palsu itu sebagai konspirasi jahat dan terancang pihak tertentu untuk menjatuhkan bekas Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Justeru, Syed Mohd Fazmi telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam bagi membuktikan bahawa rakaman itu adalah satu fitnah jahat.

“Saya berharap siasatan dapat dilakukan bagi mengenal pasti dalang yang bertanggungjawab di sebalik perbuatan ini,” Jelasnya. Sinar

Syed Mohd Fazmi lapor polis penyebaran audio palsu


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Video Ismail Izzani tular, Suliza Salam pertahan anaknya

Aedy Ashraf kantoi bercumbu di kelab malam, tampil beri penjelasan

Bangun Nad, kita ada PM baru – Sharifah Amani

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker