Setakat ini belum ada keputusan muktamad – Wan Rosdy

Setakat ini belum ada keputusan muktamad – Wan Rosdy

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, sebarang keputusan berhubung pembentukan kerajaan negeri, akan dibuat secara bersama dengan pimpinan BN negeri itu.

Beliau mengakui ada berbincang dengan wakil Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH) berhubung pembentukan kerajaan negeri, namun setakat ini tiada keputusan muktamad dicapai.

“Tunggu sedikit masa lagi… kita kena berbincang dengan rakan-rakan dalam BN, bincang dengan UMNO dan rakan-rakan ahli (wakil rakyat BN yang menang) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang.

“Saya belum berbincang dengan mereka lagi dan (saya) tidak akan membuat keputusan secara sendirian,” katanya kepada Bernama di sini pada Khamis.

DUN Pahang kini tergantung selepas keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) 19 November, menyaksikan tiada parti yang berjaya memperoleh majoriti mudah 22 kerusi bagi membentuk kerajaan negeri dengan BN mendapat 16 kerusi, PN (17) dan PH (lapan).

DUN Pahang mempunyai 42 kerusi, namun proses pengundian bagi DUN Tioman ditangguhkan kepada 7 Disember ini ekoran kematian calon PN, Md Yunus Ramli, 61, pada 3.30 pagi hari pengundian 19 November lepas dipercayai akibat serangan jantung.

Bagi membentuk kerajaan negeri, Pengerusi PN Pahang, Datuk Seri Saifuddin Abdullah memaklumkan mereka yang diketuai Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man sudah memulakan rundingan bersama BN negeri.

Manakala, PH Pahang menerusi Pengerusinya, Datuk Seri Amirudin Shari turut mengadakan perbincangan dengan BN Pahang, selain lapan wakil rakyatnya telah menandatangani akuan bersumpah (SD) menyatakan sokongan kepada Wan Rosdy untuk terus mengetuai pentadbiran kerajaan negeri. Sinar

Setakat ini belum ada keputusan muktamad – Wan Rosdy


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Dari mana Muhyiddin ada ‘puluhan juta’, warganet tanya Annuar

Pemain Arab Saudi terima hadiah Rolls Royces Phantom

Kami tak jual prinsip parti – Azalina

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker