Amanah akan digalas penuh tawaduk, bertanggungjawab, ikrar Anwar

Amanah akan digalas penuh tawaduk, bertanggungjawab, ikrar Anwar

Dalam tweet pertamanya selepas menjadi perdana menteri, Anwar Ibrahim berikrar akan melakukan yang terbaik untuk menerajui negara.

Pengerusi Pakatan Harapan itu berkata, beliau akan memikul tugas berat itu berpandukan kehendak dan nurani rakyat bersama pasukan.

“Amanah akan digalas dengan penuh tawaduk dan bertanggungjawab,” katanya.

Presiden PKR itu mengangkat sumpah sebagai perdana menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong pada 5.06 petang tadi.

Beberapa warganet kemudian membalas tweet Anwar.

Pengguna Twitter @SShobeni berkata, beliau menunggu saat ini dengan penuh sabar dan rakyat Malaysia menaruh harapan tinggi kepada Anwar.

@ArifFikriShafieFinally berharap Anwar dan kerajaan perpaduan mampu membangunkan negara untuk menjadi “Harimau Asia” semula.

Anwar dilantik sebagai timbalan perdana menteri kepada Dr Mahathir Mohamad antara 1993 hingga 1998.

Beliau merupakan menteri kewangan dari 1991 hingga 1998, di mana beliau menyokong akauntabiliti lebih baik, enggan menawarkan ‘bailout” kerajaan dan memulakan pemotongan perbelanjaan secara meluas, yang menyelamatkan ekonomi negara.

Anwar juga menyandang jawatan menteri kebudayaan, belia dan sukan pada 1983; menteri pertanian pada 1984 serta menteri pendidikan pada 1986. FMT

Amanah akan digalas penuh tawaduk, bertanggungjawab, ikrar Anwar


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Dari mana Muhyiddin ada ‘puluhan juta’, warganet tanya Annuar

Pemain Arab Saudi terima hadiah Rolls Royces Phantom

Kami tak jual prinsip parti – Azalina

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker