Mahathir Bapa Loncat – Azeez

Mahathir Bapa Loncat – Azeez

Seorang Ahli Parlimen Umno menggelar Dr Mahathir Mohamad “bapa loncat” kerana tidak berpuas hati dengan kenyataan bekas perdana menteri itu yang mencadangkan keseluruhan parti dibenarkan melompat untuk membentuk kerajaan stabil.

Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) merujuk cadangan Mahathir yang mahu “lompat” membabitkan keseluruhan parti dibenarkan, dengan syarat mendapat restu tertinggi parti terlebih dulu.



“Semalam, Langkawi (Mahathir) bangun bahas minta lagi dia orang loncat. Kalau esok ada pilihan raya, kita kena loncat untuk tubuhkan kerajaan demi kestabilan.

“Langkawi ialah ‘bapa loncat’. Daripada Umno, duduk dalam Umno jadi perdana menteri dan akhirnya dia marah dekat beberapa orang, apa berlaku masuk Bersatu jadi pengerusi. Lepas itu tipu, khianati kawan-kawan dalam Bersatu dan masuk Pejuang,” katanya di Dewan Rakyat.

Beliau berkata demikian ketika membahas Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 dan Peruntukan Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti.

Sementara itu, Azeez mencadangkan tindakan diambil terhadap seluruh kepimpinan tertinggi parti yang menerima katak politik, termasuk presidennya, dengan mengosongkan kerusi mereka sebagai Ahli Parlimen atau ADUN.



Katanya, tindakan itu perlu bagi mengelakkan wakil rakyat melompat parti.

Beliau turut mencadangkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (JPPM) membatalkan pendaftaran sesebuah parti yang menerima katak politik.

Dewan kecoh

Dewan Rakyat kecoh sedikit apabila Azeez mendakwa pembangkang takut menegur Mahathir yang dikatakan menjadi punca kerajaan tidak stabil ketika ini.



Katanya, Mahathir bersalah kerana melepaskan jawatan perdana menteri sehingga menyebabkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) ditubuhkan.

“Saya hairan sekali tidak siapa tegur Dr M kerana kesilapan khianati rakyat,” katanya.

Bagaimanapun, Dzulkefly Ahmad (PH-Kuala Selangor) bangkit meminta Ahli Parlimen Baling itu tidak memutar belit kenyataan di Dewan Rakyat.

“Baling perlu jujur dengan kenyataan dibuat. Semalam Jerlun (Mukhriz Mahathir) sudah buat penjelasan mengapa Mahathir letak jawatan dan disokong Muar (Syed Saddiq Syed Abdul Rahman). Sila semak fakta sebelum buat tuduhan.” FMT



Mahathir Bapa Loncat – Azeez


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Bihun Soto Tersedap, Wajib Menambah 2, 3 Kali!



Penyokong pendidikan seks puji demonstrasi kondom di sekolah

Wanita Mat Salleh lebih Melayu daripada Melayu, tabah diuji suami sakit



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker