PH hantar SD sokong Wan Rosdy jadi MB Pahang
PH hantar SD sokong Wan Rosdy jadi MB Pahang
Pakatan Harapan (PH) Pahang menghantar akuan bersumpah (SD) menyokong Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Wan Rosdy Wan Ismail sebagai menteri besar kepada Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.
Pengerusinya, Amirudin Shari yang memaklumkan perkara itu, berkata pihaknya kini menunggu masa bagi istiadat menghadap dan mendapat perkenan Pemangku Raja Pahang, namun tidak mendedahkan bila SD itu dihantar.
“Kita hanya menunggu masa menghadap dan masa perkenan Duli Maha Mulia Tuanku. Sebab kita bukan dalam posisi (untuk meminta menghadap).
“Kita sudah berbincang dan meletakkan usaha kita serta menyatakan dengan rasmi kesediaan menyokong Wan Rosdy. Jadi, kalau boleh ia dapat dijalankan dengan baik dan ada beberapa perkara lain dapat diuruskan,” katanya di Bangunan Annex, Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini.
Amirudin berkata, perbincangan antara PH dan BN Pahang bagi pembentukan kerajaan negeri dilakukan sejak malam keputusan pilihan raya umum ke-15 (PRU15) diketahui dan beliau turut menemui Wan Rosdy bagi proses pembentukan tersebut.
Semalam, media melaporkan lapan wakil rakyat PH yang memenangi kerusi DUN Pahang pada PRU15 menandatangani SD menyokong Wan Rosdy sebagai menteri besar.
Perkara itu disahkan Sim Chon Siang, yang memenangi DUN Teruntum yang menyatakan proses menandatangani SD itu berlangsung di sebuah pejabat peguam di Temerloh, Pahang semalam.
DUN Pahang tergantung selepas keputusan PRU15 menyaksikan tiada parti memiliki majoriti mudah 22 kerusi bagi membentuk kerajaan negeri, dengan BN memperoleh 16 kerusi, manakala Perikatan Nasional (PN) mendapat 17 kerusi dan lapan oleh PH.
Terdapat 42 kerusi DUN Pahang, namun proses pengundian DUN Tioman akan diadakan 7 Dis ini, susulan kematian calon PN, Md Yunus Ramli, 61, pada 3.30 pagi hari pengundian, dipercayai akibat serangan jantung. FMT
PH hantar SD sokong Wan Rosdy jadi MB Pahang
Baca Artikel Menarik:
- Annuar dilantik sebagai presiden Muafakat Nasional
- MCA Mersing desak Ka Siong letak jawatan
- Umno Terengganu akan lapor SPRM untuk siasat sumber kewangan PN sepanjang PRU-15
- Tiada pemilihan pada Perhimpunan Agung UMNO Disember
- Siasat sumber dana Muhyiddin, SPRM digesa
- Anwar Ibrahim sah diangkat sebagai Perdana Menteri Ke-10
- Ini sebab PN ditolak – Zahid
- Ketepikan sentimen, fikir masa depan negara – Johari
- PN tiba-tiba setuju dengan idea kerajaan perpaduan dengan PH
- DAP mohon maaf kepada GPS – Loke
- Hati-hati balasan masyarakat Dayak jika sokong Muhyiddin, GPS diberi amaran
- Takut tak dapat sokongan GPS, lagi pemimpin DAP mohon maaf
- Zambry ingatkan komponen BN: Jaga muafakat, adab
- Sabar saudara KJ, pemilihan dah tak lama – Zahid balas kritikan Khairy
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Dari mana Muhyiddin ada ‘puluhan juta’, warganet tanya Annuar
You must be logged in to post a comment.