Pejuang doa pentadbiran Anwar bawa Malaysia keluar gelora

Pejuang doa pentadbiran Anwar bawa Malaysia keluar gelora

Pejuang mengucapkan tahniah kepada Anwar Ibrahim atas pelantikan beliau sebagai perdana menteri, dan berdoa pentadbirannya akan memulihkan negara.

Presiden Mukhriz Mahathir berharap penubuhan kerajaan perpaduan yang dianggotai Pakatan Harapan, Barisan Nasional, Gabungan Parti Sarawak, dan lain-lain akan menstabilkan politik negara.

Katanya, rakyat tentunya berharap kerajaan tumpu kepada krisis ekonomi yang dijangkakan lebih buruk tahun depan, harga barang yang sangat membebankan rakyat, wabak Covid-19 yang masih mengancam nyawa, dan pelbagai permasalahan lain.

“Tentunya Anwar dan seluruh jentera kerajaan sedia maklum berkenaan peri-pentingnya isu-isu tersebut ditangani dengan tuntas,” katanya dalam kenyataan.

“Pejuang doakan kerajaan penggal ke-15 bawah kepimpinan Anwar akan menakhodai Malaysia keluar dari lautan yang bergelora ini dan memulihkan negara, sekaligus meletakkannya kembali di atas landasan yang benar.”

Beliau turut mengucapkan tahniah atas pelantikan Anwar sebagai perdana menteri ke-10.

Pejuang dalam PRU15 tewas semua kerusi yang ditandingi.

Anwar mengangkat sumpah perdana menteri kerajaan perpaduan di hadapan Agong, petang tadi. FMT

Pejuang doa pentadbiran Anwar bawa Malaysia keluar gelora


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Dari mana Muhyiddin ada ‘puluhan juta’, warganet tanya Annuar

Pemain Arab Saudi terima hadiah Rolls Royces Phantom

Kami tak jual prinsip parti – Azalina

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker