Zaman kuku besi telah berakhir, selepas 2003 UMNO kini milik rakyat

SHAH ALAM – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membidas dakwaan bekas Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengatakan bahawa partinya itu telah lari daripada matlamat asal perjuangannya.

Beliau berkata, UMNO ketika ini masih lagi tetap dengan tiga tujuan utamanya iaitu agama bangsa dan tanah air.

“Bagaimanapun, UMNO selepas 2003 bukan lagi UMNO milik Tun (Dr Mahathir). UMNO selepas tahun 2003 UMNO yang merupakan milik rakyat,” katanya menerusi satu hantaran di Facebooknya pada Isnin.



Dalam kenyataannya pada Ahad, Dr Mahathir yang juga bekas Perdana Menteri berkata, beliau meminta Ahmad Zahid untuk membubarkan UMNO selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu kerana melihat parti itu hanya berjuang kerana duit.

Ahmad Zahid berkata, tindakan Dr Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu disifatkan sebagai hanya muslihat untuk menghapuskan pesaing kepada parti tersebut ketika itu.

“Khuatir UMNO akan bangkit semula dan membalas dendam. Bukan kerana seperti Tun (Mahathir) dakwa UMNO menyokong wang ringgit. Mereka yang menyokong wang adalah ‘katak-katak politik’.

“Melompat selepas berasakan UMNO tidak mampu beri wang.



“Saya tidak pernah berniat menghina Tun (Mahathir) dalam kenyataan saya. Tetapi saya harus bertegas bagi memperlihatkan kebenaran,” ujarnya.

Zaman kuku besi UMNO telah berakhir, selepas 2003 UMNO kini milik rakyat

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Zahid Hamidi Sindir Hadi Awang “Jangan ‘Main-Main’ Dengan Durian”



Ismail Sabri adalah calon PM muktamad dari UMNO – Presiden UMNO

Nurul Nazihah yang retung dalam kemalangan baru pulang umrah seminggu



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker