Terserah kepada RoS – Tok Mat

Terserah kepada RoS – Tok Mat

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menyerahkan sepenuhnya kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) untuk meneliti aduan berhubung usul tambahan dua jawatan utama parti tidak dipertandingkan ketika Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022, bulan lalu.

Katanya, perkara terbabit adalah di luar bidang kuasa parti dan ia adalah hak RoS untuk membuat sebarang keputusan.



“Kita akan mematuhi apa pun keperluan yang diperlukan daripada kita. Tetapi saya fikir kita sudah pun lakukannya.

“Kita juga telah memenuhi kehendak, semua dalam peraturan-peraturan mesyuarat kita, tidak ada isu.

“Jadi, ada orang tidak puas hati, mereka akan buat aduan ke RoS, itu hak masing-masing. Tetapi terpulang kepada RoS untuk meneliti sama ada aduan itu mempunyai merit atau tiada,” katanya.

Beliau berkata demikian pada satu sidang media selepas sesi lawatan kerja di Markas Divisyen Kelima Infantri Malaysia (5 Div) Kem Lok Kawi, di sini, hari ini.



Hari ini, media melaporkan RoS memberi tempoh 60 hari kepada UMNO untuk mengemukakan penjelasan dan segala maklumat berkaitan mengenai usul tambahan dua jawatan utama parti itu yang tidak dipertandingkan.

Tempoh 60 hari itu bermula pada 20 Januari lalu, iaitu tarikh dua ahli UMNO menghantar aduan kepada RoS supaya semakan dibuat terhadap usul tambahan yang diluluskan ketika PAU 2022 itu pada 14 Januari lalu. BH

Terserah kepada RoS – Tok Mat

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Lompat Apek Lompat, Anwar buat apa tu (Video)

Luahan hati Mawar Karim



Suki Low menangis kerana Shila Amzah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker