Bezza lebih laris tahun ini berbanding Axia dan Myvi

Bezza lebih laris tahun ini berbanding Axia dan Myvi

Jualan automotif oleh UMW Group mencecah 38,223 unit pada September 2023, mencatatkan kenaikan sebanyak 13 peratus daripada setahun lalu apabila UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) dan syarikat sekutu UMW, Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA), terus merekodkan tempahan memberangsangkan.

Menurut UMW, bagi tempoh sembilan bulan, jualan automotif kumpulan meningkat 16 peratus kepada 309,738 unit daripada 267,226 unit yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun lalu.



“UMWT merekodkan 9,228 unit pada September 2023, hampir kepada 9,233 unit yang diserahkan pada September 2022.

“Bagi tahun ini setakat September, UMWT mencatatkan 76,511 unit, mencatatkan pertumbuhan lapan peratus berbanding dengan 70,872 unit yang direkodkan pada tempoh yang sama 2022.

“Oleh itu, UMWT mencatatkan bahagian pasaran sebanyak 13.4 peratus bagi 2023 setakat ini,” jelasnya dalam satu kenyataan, semalam.

Mengenai prestasi PERODUA pula, UMW memaklumkan jualan meningkat 18 peratus kepada 28,995 unit pada September 2023 berbanding 24,626 unit yang diserahkan pada September 2022.



Ini memandangkan PERODUA terus meningkatkan pengeluarannya dengan disokong oleh rantaian bekalan yang bertambah baik, tambahnya.

Bagi setakat September tahun ini , jualan PERODUA melonjak kepada 233,227 unit, 19 peratus lebih tinggi daripada 196,354 unit yang diserahkan dalam tempoh yang sama 2022, sekali gus menjadi 40.8 peratus bahagian pasaran bagi tempoh 2023, jelasnya.

Model terlaris PERODUA ialah Bezza, diikuti oleh Axia dan Myvi untuk sembilan bulan pertama 2023.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMW Holdings Bhd, Datuk Seri Ahmad Fuaad Kenali, berkata pihaknya yakin UMWT dan PERODUA akan mencapai sasaran jualan 2023 berdasarkan tempahan yang memberangsangkan.



Jualan bagi suku terakhir dijangka disokong oleh promosi akhir tahun yang menarik,” katanya. BH

Bezza lebih laris tahun ini berbanding Axia dan Myvi

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Ajai tercarut dalam program FD3

FD3: Kemunculan Datuk Red bawa tuah kepada Adira



All Stars Gegar Vaganza: “Vocal cord saya memang ada parut kekal” – Naqiu

Saya tak berzina – Shakilla Khoriri



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker