Undur, undur apa cerita, Bung bidas MCA
Undur, undur apa cerita, Bung bidas MCA
Ketua Barisan Nasional (BN) Sabah, Bung Moktar Radin membidas gesaan MCA supaya Pengerusinya, Ahmad Zahid Hamidi berundur sebagai tidak berasas dan tidak “cermin diri”.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno itu berkata, MCA sepatutnya sedar dengan pencapaian sendiri yang hanya memenangi dua daripada 44 kerusi ditandinginya pada pilihan raya umum ke-15.
“Tidak adil untuk menuding jari kepada hanya seorang pemimpin sedangkan salah sendiri tidak pula diakui, selain MCA dilihat tidak menghormati institusi presiden selaku pucuk pimpinan dalam BN.
“MCA janganlah gesa itu ini, gesa lagi pengerusi kita (Zahid) berundur apa cerita?
“Mereka ini tidak sedarkah hanya dapat menang dua kerusi daripada puluhan kerusi yang diberikan pengerusi kepada mereka, itu pun kerusi yang ada ramai pengundi Melayu.
“Cerminlah diri terlebih dahulu sebelum buat keputusan, kita di BN ini tetap tenang menghadapi situasi, jangan kalutkan keadaan,” katanya dalam kenyataan.
Terdahulu, Setiausaha Agung MCA, Chong Sin Woon meminta Timbalan Pengerusi BN, Mohamad Hasan menggantikan Zahid, susulan pendedahan surat kepada Yang di-Pertuan Agong mendakwa gabungan itu menyokong Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri ke-10.
Katanya, MCA percaya Zahid tidak lagi layak memimpin BN dan perlu meletak jawatan sebagai pengerusi kerana mendakwa surat Zahid itu menyimpang daripada keputusan Dewan Tertinggi BN semalam.
Bung meminta semua pihak bertenang menghadapi senario politik semasa.
“Bagi pihak BN pula, saya berpendapat kita komited dalam status pembangkang seperti yang diputuskan pucuk pimpinan.
“Akan tetapi, sekarang situasinya berbeda pula, kita jadi pembangkang pun kena bising, mahu pro sana pun kena bising, mahu pro ‘sinun’ pun kena bising.
“Jadi saya harap semua pihak bertenang dan untuk kita di BN ini, saya berpendapat, ‘keep calm and trust president’,” katanya. FMT
Undur, undur apa cerita, Bung bidas MCA
Baca Artikel Menarik:
- Ismail di St Regis, di mana pemimpin PN dijangka bertemu
- Merungkai Kemelut Politik: Majlis Raja-Raja Melayu putuskan bersidang esok
- MB Perak umum senarai portfolio Exco
- Mahathir harap Anwar dapat tubuh kerajaan
- Zahid dakwa Agong titahkan BN sertai kerajaan perpaduan
- Perbincangan penubuhan kerajaan PN-BN Pahang selesai – Tuan Ibrahim
- GPS dilapor kekal sokong Muhyiddin sebagai PM
- Mahathir sedih kalah teruk, tumpu tulis buku sejarah
- Janna Nick kena lagi
- Puad cabar Muhyiddin dedah senarai MP sokongnya
- Pahang perlu ikut Perak bentuk kerajaan BN-PH
- Polis nafi berlaku ‘rusuhan’ di pejabat Umno Lenggong
- Nad Zainal dirawat di ICU
- Lebih 23,000 tandatangani petisyen desak GPS tolak PN
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Agama, bangsa tak patut jadi isu dalam penubuhan kerajaan – Johari
Agong cadang kerajaan perpaduan PH-PN, Anwar setuju Muhyiddin tolak