Sharkar sokong kerjasama BN-PH bentuk kerajaan negeri Pahang

Sharkar sokong kerjasama BN-PH bentuk kerajaan negeri Pahang

Lebih baik Barisan Nasional (BN) bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) berbanding dengan Perikatan Nasional (PN) bagi membentuk kerajaan negeri di Pahang.

Ketua UMNO Bahagian Temerloh, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsudin menyatakan sokongan BN dan PH bekerjasama bagi membentuk kerajaan negeri setelah tiada parti memperoleh majoriti mudah pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Jika BN bekerjasama dengan PH, jawatan menteri besar, insya-Allah dapat dikekalkan milik UMNO. Kalau bersama PN tentunya mereka mahu jawatan itu kerana memiliki kelebihan satu kerusi.

“Dalam politik, siapa yang mempunyai majoriti boleh menuntut jawatan menteri besar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada PRU15, BN menang 16 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), PH lapan kerusi dan PN (17 kerusi).

Selepas keputusan PRU15, kerajaan Pahang ‘tergantung’ kerana tidak ada mana-mana gabungan parti memperoleh majoriti mudah bagi membentuk kerajaan.

PH Pahang bersetuju menjalinkan kerjasama dengan BN negeri bagi membentuk kerajaan negeri yang tergantung selepas PRU15.

Perkara itu disahkan oleh Pengerusi DAP Pahang, Leong Ngah Ngah.

Mengulas lanjut, Mohd. Sharkar berkata, tiada masalah BN kerjasama dengan PH kerana parti itu yang mempunyai sokongan di bandar boleh memberi tumpuan menjaga kawasan itu melalui portfolio diberikan.

“BN pula boleh menjaga kawasan-kawasan majoriti Melayu dan kampung supaya masalah rakyat dapat diberikan tumpuan dan diselesaikan,” katanya. MG

Sharkar sokong kerjasama BN-PH bentuk kerajaan negeri Pahang


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Punca kekalahan sebenar UMNO

UMNO perlu ‘total reset’, ini kesalahan presiden hingga bawahan – Akmal Saleh

Seram dengan kerajaan kesatuan ummah PN, BN, GPS dan GRS, Kit Siang desak PH agar kerjasama dengan PN

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker