PH buat tawaran, PN tidak ada – Saarani

PH buat tawaran, PN tidak ada – Saarani

Barisan Nasional (BN) hanya menerima tawaran kerjasama daripada Pakatan Harapan (PH) untuk menubuhkan kerajaan perpaduan di Perak.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, memang ada pemimpin Perikatan Nasional (PN) Datuk Zainol Fadzi Paharudin yang berjumpa dengan beliau berkaitan penubuhan kerajaan bersama.



Perjumpaan tersebut berlangsung pada pukul 3 pagi selepas keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diumumkan.

Bagaimanapun Zainol Fadzi hanya diberikan mandat untuk menguruskan perjumpaan antara beliau dengan Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Bagaimanapun sehingga semalam tidak ada sebarang tawaran yang dibuat oleh PN kepada BN.

“Dia sebagai setiausaha perhubungan tidak dapat membuat keputusan. Dia meminta saya berunding dengan Datuk Seri Peja.



“Maka 10 pagi semalam, sebelum saya hadir mesyuarat biro politik saya berjumpa dengan Datuk Seri Peja dan Datuk Seri Zainol dan memaklumkan kepada mereka saya telah diberikan tawaran itu.

“Jika PN hendak membuat apa-apa tawaran kepada saya. Silalah. Sehingga semalam, saya tidak menerima apa-apa,” kata Saarani lagi.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas upacara mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak di hadapan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah di Istana Iskandariah hari ini.

Sementara itu Saarani menafikan dakwaan kononnya BN memilih PH kerana mahukan tawaran sebagai menteri besar.



“Itu tidak betul. Kami ini sedia menjadi pembangkang. Kami sedar diri. Kita kalah bila ada parti tawar bentuk kerajaan beri peranan maka saya terima. Kalau tidak ahli kata saya bodoh.

“Itu peranan yang diberikan dan peranan itu sesuai kepada saya. Sebab saya adalah pemimpin yang memimpin Perak Sejahtera 2030 saya nak meneruskannya, jadi saya terima,” tegas beliau.

Selain jawatan menteri besar, PH turut memberikan BN tiga jawatan Exco dan Speaker Negeri Perak.

ADUN Kota Tampan tersebut mengangkat sumpah sebagai menteri besar Perak ke-15, jawatan yang dipegangnya sebelum pembubaran Dewan Undangan Negeri pada 16 Oktober lalu.



Saarani pertama kali mengangkat sumpah sebagai menteri besar Perak pada Disember 2020 selepas BN menarik sokongan kepada Menteri Besar ketika itu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu. MG

PH buat tawaran, PN tidak ada – Saarani


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Punca kekalahan sebenar UMNO

UMNO perlu ‘total reset’, ini kesalahan presiden hingga bawahan – Akmal Saleh



Seram dengan kerajaan kesatuan ummah PN, BN, GPS dan GRS, Kit Siang desak PH agar kerjasama dengan PN

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker