Pemimpin BN tiba untuk mesyuarat Dewan Tertinggi

Pemimpin BN tiba untuk mesyuarat Dewan Tertinggi

Beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN) tiba di Ibu Pejabat Umno untuk menghadiri mesyuarat Dewan Tertinggi gabungan itu.

Mereka termasuk Timbalan Pengerusi BN, Mohamad Hasan, Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan dan Presiden MIC, SA Vigneswaran serta Timbalannya, M Saravanan.



Ketua Umno Melaka, Abd Rauf Yusoh turut kelihatan memasuki bangunan itu, manakala Ketua Penerangan Umno yang baru dilantik semalam, Isham Jalil tiba lebih awal.

Mesyuarat Dewan Tertinggi BN dijangka membincangkan kerjasama dengan gabungan lain untuk menubuhkan kerajaan selepas pilihan raya umum ke-15.

Terdahulu, Ahli Parlimen BN bersama Pengerusinya, Ahmad Zahid Hamidi menghadiri satu pertemuan di Hotel Seri Pacific.

Pemimpin Pakatan Harapan turut hadir, dengan wakil daripada kedua-dua gabungan mengadakan rundingan untuk membentuk kerajaan persekutuan.



Zahid dalam sidang media berkata, semua Ahli Parlimen BN akan mematuhi keputusan Dewan Tertinggi berhubung pembentukan kerajaan baharu.

Katanya, sebarang akuan berkanun yang ditandatangani Ahlii Parlimen BN sebelum ini tidak sah.

Sementara itu, Yang di-Pertuan Agong memberi lanjutan tempoh sehari sehingga 2 petang esok untuk pemimpin gabungan menyerahkan cadangan calon perdana menteri mereka. FMT

Pemimpin BN tiba untuk mesyuarat Dewan Tertinggi




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Punca kekalahan sebenar UMNO



UMNO perlu ‘total reset’, ini kesalahan presiden hingga bawahan – Akmal Saleh

Seram dengan kerajaan kesatuan ummah PN, BN, GPS dan GRS, Kit Siang desak PH agar kerjasama dengan PN



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker