MIC tak tolak idea kerajaan campuran BN, PH

MIC tak tolak idea kerajaan campuran BN, PH

Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan tidak menolak idea pembentukan kerajaan campuran antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).

Saravanan berkata, pembentukan kerajaan campuran antara BN dan PH itu boleh diterima bagi kestabilan pentadbiran.

“Kita di sini untuk melihat pihak mana yang akan disokong (bagi pembentukan kerajaan Persekutuan).

“Pertemuan ini bagi membincangkan pihak mana yang akan membentuk kerajaan untuk kerajaan yang stabil,” katanya kepada pemberita, di sini.

Saravanan berkata, pihaknya menghadiri pertemuan di Hotel Seri Pacific selepas menerima jemputan daripada Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. BH

MIC tak tolak idea kerajaan campuran BN, PH


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sebak bersendirian di pelamin

SCRUT dedah syarikat yang melibatkan Muhyiddin dan ahli keluarga

Tiket Konsert BLACKPINK Di Malaysia ‘Sold Out’ Dalam Masa 30 Minit

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker