‘Ketakutan’ terhadap PAS jadi halangan GPS kerjasama PN
‘Ketakutan’ terhadap PAS jadi halangan GPS kerjasama PN
Gabungan Parti Sarawak (GPS) dikatakan berbalah mengenai rancangan bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) untuk membentuk kerajaan persekutuan, menurut sumber dalam gabungan itu.
Seorang wakil rakyat GPS mendedahkan kepada FMT bahawa ada “ketakutan” dalam kalangan mereka tentang bekerjasama dengan parti komponen PN iaitu PAS.
“Oleh itu, kita patut bekerjasama dengan Pakatan Harapan,” katanya.
Sebelum ini, media melaporkan komen-komen Presiden PAS Hadi Awang, yang dikatakan menyinggung rakyat Sarawak.
Semalam, Pengerusi GPS, Abang Johari Openg, berkata ia akan bergabung dengan PN, Barisan Nasional (BN), dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk menubuhkan kerajaan baharu.
Johari berkata, GPS mahu bekerjasama dengan tiga gabungan itu untuk memastikan kerajaan yang stabil terbentuk segera.
BN bagaimanapun menafikan dakwaan itu. Pengerusi Ahmad Zahid Hamidi berkata BN tidak pernah – pada ketika itu – berunding dengan GPS dan PN berhubung perkara itu.
Seorang Ahli Parlimen GPS memberitahu FMT bahawa wakil-wakil rakyat seangkatan tidak gembira tentang bekerjasama dengan PN.
“Sepatutnya rujuk kami dahulu sebelum Abang Johari buat keputusan.”
Sumber juga memberitahu FMT bahawa keputusan GPS berkerjasama dengan PN dibuat kerana berpendapat BN akan turut serta dalam gabungan itu.
Sementara itu, seorang Ahli Parlimen PH percaya Abang Johari telah bertindak sebelum masanya.
“Selepas Abang Johari menghadapi tekanan, ada tanda-tanda beliau mahu bekerjasama dengan kami,” katanya.
Ditanya mengenai kebarangkalian GPS bekerjasama dengan PH, sumber itu berkata “barangkali”.
Terdahulu, Pengerusi PH, Anwar Ibrahim optimis gabungan itu akan dapat bentuk kerajaan bersama BN.
Anwar pada sidang media mengesahkan wakil kedua-dua gabungan itu telah bertemu pagi tadi. FMT
‘Ketakutan’ terhadap PAS jadi halangan GPS kerjasama PN
Baca Artikel Menarik:
- Saarani kekal MB Perak, angkat sumpah hari ini
- Gabungan kerajaan negeri BN, PH di Pahang – sumber
- Khairy tewas PRU15, menang di hati rakyat
- SD tak sign lagi. Kita cuma borak-borak dengan PH – Ismail
- Gabungan politik dibentuk tak perlu libat DAP – Umno Johor
- MIC tak tolak idea kerajaan campuran BN, PH
- 30 Ahli Parlimen BN bermesyuarat hari ini – Ahmad Maslan
- Hanya dewan tertinggi BN boleh buat keputusan – Ismail
- Beri peluang KJ tanding DUN Rantau, jadi ‘poster boy’ MB Negeri Sembilan – Puad
- Kepit payudara, Sharifah Sakinah malukan diri
- Turkiye serang utara Syria
- Tiba-tiba BN jadi ‘king maker’
- Muhyiddin atau Anwar PM?
- Lebih baik BN duduk di blok pembangkang – Shahril
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
UMNO perlu ‘total reset’, ini kesalahan presiden hingga bawahan – Akmal Saleh
You must be logged in to post a comment.