Jangan berhimpun di tempat terbuka, berarak raikan kemenangan PRU15 – KPN

Jangan berhimpun di tempat terbuka, berarak raikan kemenangan PRU15 – KPN

Orang ramai diingat supaya tidak mengadakan perhimpunan di tempat terbuka atau perarakan bagi meraikan kemenangan setelah Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) berakhir.

Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang ingkar demi memastikan keselamatan dan ketenteraman masyarakat dipelihara.



Dalam pada itu, katanya, pihaknya telah menggerakkan semua elemen yang ada bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terjamin pada hari mengundi dan pasca PRU15.

“Orang ramai tidak perlu bimbang untuk keluar menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Seramai 80,000 petugas yang terdiri daripada pegawai dan anggota akan terlibat secara langsung dalam penugasan PRU15.

Sementara itu, Acryl Sani berkata, bagi memastikan kelancaran aliran trafik, polis telah melaksanakan Ops Lancar dengan tumpuan diberikan kepada lokasi-lokasi strategik yang kerap berlaku kesesakan lalu lintas. MG



Jangan berhimpun di tempat terbuka, berarak raikan kemenangan PRU15 – KPN


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sebak bersendirian di pelamin



SCRUT dedah syarikat yang melibatkan Muhyiddin dan ahli keluarga

Tiket Konsert BLACKPINK Di Malaysia ‘Sold Out’ Dalam Masa 30 Minit



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker