Malang bagi Malaysia jika berlaku ‘Parlimen tergantung’

#PRU15

Malang bagi Malaysia jika berlaku ‘Parlimen tergantung’

Lebih 21 juta pengundi berdaftar termasuk tujuh juta pengundi baharu diseru keluar mengundi esok kerana undi anda cukup penting dalam menentukan hala tuju negara lima tahun lagi.

Setiap undi adalah penting untuk menentukan bagaimana kerajaan yang baharu dibentuk nanti dapat menyelesaikan isu-isu ekonomi dengan tuntas, apatah lagi cabaran yang menanti pada tahun depan bukan calang-calang.

Seorang pakar ekonomi berkata, selepas apa yang berlaku pada 2018, pengundi Malaysia perlu bersatu dalam meraikan demokrasi yang diterjemahkan dalam undi pada pilihan raya.

Pembentukan pentadbiran Malaysia perlu mendapatkan mandat kukuh melalui jumlah pengundi – ini membawa maksud rakyat Malaysia yang layak mengundi perlu melunaskan hak dan tanggungjawab mereka.

Menurut beliau, ini selari dengan harapan untuk mendapatkan sebuah kerajaan yang dominan dan kuat, sekali gus mengelakkan berlakunya ‘hung Parliament’.

‘Hung Parliament‘ atau Parlimen tergantung bermaksud tiada mana-mana blok parti politik yang mendapat sekurang-kurangnya 112 kerusi bagi untuk membentuk kerajaan dengan majoriti mudah.

Pakar ekonomi ini menambah, rakyat Malaysia perlu mempunyai kesungguhan dan iltizam untuk mengelakkan ‘hung Parlimen’ kerana risikonya sangat besar kepada negara terutama ekonomi.

Banyak episod hitam yang melanda negara selepas PRU14 yang menyaksikan ketidakstabilan kerajaan yang dipilih tidak boleh dibiarkan berulang lagi lantaran itu ‘hung Parliament‘ tidak boleh dibiarkan berlaku.

“Kalau ini (hung Parliament berlaku, ia malang bagi Malaysia kerana operasi negara akan terjejas kerana kita tidak tahu berapa lama yang diperlukan untuk parti-parti membuat mendapat persefahaman membentuk jajaran baharu.

“Kita juga tidak tahu sama ada dasar-dasar atau tadbir urus dapat dilaksanakan dengan mudah dan selesa kerana setiap parti yang bergabung masing-masing ada pandangan masing-masing. Apabila ini berlaku, ia akan menimbulkan kebimbangan kepada pelabur asing dan tempatan, akhirnya akan menjejaskan potensi Malaysia.

“Oleh sebab itu, adalah penting pengundi-pengundi keluar mengundi beramai-ramai bagi memastikan sebuah kerajaan yang dominan dan stabil dapat dibentuk selepas Pilihan Raya Ke-15,” katanya. MG

Malang bagi Malaysia jika berlaku ‘Parlimen tergantung’


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sebak bersendirian di pelamin

SCRUT dedah syarikat yang melibatkan Muhyiddin dan ahli keluarga

Tiket Konsert BLACKPINK Di Malaysia ‘Sold Out’ Dalam Masa 30 Minit

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker