Jangan undi parti yang menipu rakyat – Tok Mat

#PRU15

Jangan undi parti yang menipu rakyat – Tok Mat

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan menyeru kepada rakyat agar tidak memberi undi kepada pihak yang menipu rakyat.

Sebaliknya, calon BN bagi kerusi Parlimen Rembau itu berharap rakyat akan mengundi BN yang terbukti mampu menguruskan negara dengan baik.

“Hari ini yang amat penting untuk tentukan siapa yang akan mengurus negara. Jangan bagi undi kerajaan yang menipu rakyat.

“Bagi kepercayaan kepada kerajaan yang terbukti boleh mengurus negara tak lain tak bukan BN,” katanya dalam ucapan ringkas dalam Program Bersama Tok Mat di Dataran Senawang, di sini, malam ini.

Orang ramai yang hadir turut dihiburkan dengan persembahan bertenaga oleh Datuk Hattan dan sentuhan buskers.

Hattan juga sempat menitipkan pesanan kepada pengundi agar mereka ‘jangan tersalah pilih’.

Seramai 133,555 pengundi di kerusi Parlimen Rembau akan menunaikan tanggungjawab mereka untuk memilih Ahli Parlimen yang baharu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Mohamad berdepan saingan daripada calon Pakatan Harapan (PH), Jufitri Joha serta Nazree Yunus dari Perikatan Nasional (PN), S. Tinagaran dari Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Ramly Awalludin dari Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang). MG

Jangan undi parti yang menipu rakyat – Tok Mat


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sebak bersendirian di pelamin

SCRUT dedah syarikat yang melibatkan Muhyiddin dan ahli keluarga

Tiket Konsert BLACKPINK Di Malaysia ‘Sold Out’ Dalam Masa 30 Minit

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker