Tiga fokus utama buat rakyat Kuala Nerus – Khairuddin

Tiga fokus utama buat rakyat Kuala Nerus – Khairuddin

Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali mahu laksanakan tiga fokus utama untuk rakyat di Parlimen Kuala Nerus sekiranya menang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), Sabtu ini.

Penyandang kerusi Parlimen Kuala Nerus itu berkata, tiga perkara itu ialah membabitkan kesihatan, keusahawan dan pendidikan.

Beliau berkata, satu tabung khas diwujudkan iaitu Tabung Cakna Kuala Nerus (TCKN) untuk membantu melaksanakan tiga fokus itu nanti.

“Selain peruntukan khas, kita akan berusaha mendapatkan bajet dengan sektor korporat, anak syarikat kerajaan negeri dan sumbangan lain untuk disalurkan ke dalam TCKN.

“Saya perlu melakukan tiga perkara ini selepas mengambil kira pengalaman sembilan tahun menjadi ahli Parlimen dan rakyat amat memerlukannya,” katanya pada majlis dialog bersama media, di sini, hari ini.

Mohd Khairuddin berkata, untuk fokus kesihatan, beliau akan menyediakan ubat-ubatan, peralatan seperti katil, kerusi roda dan barangan lain seperti susu dan lampin pakai buang.

Katanya, program yang sedang berjalan ialah membantu golongan usahawan kecil dengan memberi peralatan berniaga seperti khemah, meja, dapur, mesin tebu dan ketuhar membuat kek.

“Selain itu, tidak ketinggalan dari segi pendidikan yang mana kita mahu menyediakan pusat tuisyen komuniti dalam Parlimen Kuala Nerus dan akan dibantu pelajar universiti,” katanya.

Mohd Khairuddin berkata, sehingga kini pihaknya juga masih membantu rakyat yang memerlukan dengan menyediakan beras di pejabat Parlimen Kuala Nerus.

“Kita menyediakan beras kepada rakyat yang memerlukan tanpa membuat tapisan dan sebanyak 700 hingga 1,000 kampit beras diperuntukkan setiap bulan,” katanya. HM

Tiga fokus utama buat rakyat Kuala Nerus – Khairuddin


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sebak bersendirian di pelamin

Zuraida Macam Acik Jual Jeruk, Netizen Riuh (Video)

Tiket Konsert BLACKPINK Di Malaysia ‘Sold Out’ Dalam Masa 30 Minit

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker