Kematian ‘Baby Syifaa’ akibat tekanan di leher – Pakar Forensik

SEREMBAN: Pakar forensik Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban tetap dengan pendirian bahawa punca kematian seorang bayi perempuan, Nour Rania Asyifaa Yuseri atau ‘Baby Syifaa’ adalah disebabkan tekanan di leher.

Pada prosiding hari ketiga inkues bagi menyiasat punca kematian bayi itu di Mahkamah Koroner Seremban hari ini, saksi ke-18, Dr. Hanif Mahmud, 40, dalam keterangannya di hadapan Koroner, Datin Surita Budin berkata, tekanan di leher itu berdasarkan kesan luka abrasion (melecet) di leher bayi berusia 15 bulan itu yang melanjur naik tanpa ada sebarang tekanan atau kecederaan dalaman pada tubuh mangsa.

Hanif berkata, pemeriksaan luaran mendapati terdapat 12 kecederaan luaran antaranya luka melecet di leher, pergelangan kakikiri, ibu jari kanan serta kuku jari kaki kelima separa tertanggal.

“Kesan luka abrasion (melecet) di leher itu berukuran 11 sentimeter (cm) panjang dan 0.5 cm lebar di bahagian tengah leher sehingga bahagian sisi kiri dan kanan.

“Luka ini sedikit melanjur menaik di bahagian hujungnya, luka lecekan boleh berlaku jika ada geseran antara kulit dan satu objek yang berpermukaan kasar,” katanya pada prosiding inkues di sini hari ini.

Menurut Hanif, luka melecet itu hanya dalam bentuk satu garisan lurus yang nipis dan berdasarkan hasil dapatan bayi itu mungkin terjerut dengan objek seperti tali, lipatan kain atau seumpamanya.

Ketika ditanya Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad bagaimana tekanan pada leher boleh membawa kepada kematian mangsa, Hanif berkata, tekanan di leher boleh menyebabkan berlaku halangan kepada saluran pernafasan sehingga mangsa mengalami kesukaran bernafas.

“Merujuk hasil bedah siasat terdapat kesan luka melecet pada leher yang menunjukkan badan mangsa tidak mendapat oksigen yang cukup dan tekanan pada leher menyebabkan kematian,” katanya.

Sementara itu, peguam yang mewakili keluarga ‘Baby Syifaa’ Gaithri Thomas dan Hafiz Norkhan yang menyoal pakar forensik itu sama ada akan terdapat kesan jaringan jika leher mangsa jika tersangkut pada tepi kain buaian.

Hanif berkata, sekiranya bayi itu bergerak kesan itu sukar diperoleh dan perlu mengambil kira kedudukan mangsa yang berketinggian 73 cm dan seberat 7.65 kilogram.

Beliau turut bersetuju dengan kenyataan Hafiz bahawa dalam situasi ‘Baby Syifaa’ mangsa ‘struggle’ sebelum kematiannya.

Turut sama dalam prosiding inkues, peguam pemerhati pihak pengasuh, Noliana Ali Othman.  Ibu bapa bayi tersebut. Yuseri Yusoff, 39 dan Anida Idrus, 41, turut kelihatan hadir bersama penyokongnya serta keluarga.

Pada prosiding yang bersambung pada sebelah petang, pihak pendakwaan meminta mahkamah memberi teguran kepada bapa mangsa kerana telah memaki saksi iaitu pakar forensik dan pegawai penyiasat kes dengan mengeluarkan perkataan bodoh dan kurang sopan yang boleh mengganggu emosi ke semua saksi.

Koroner menyifatkan perkara itu serius dan meminta peguam menasihatkan anak guamnya.

Mahkamah turut menetapkan prosiding inkues bersambung pada 8, 21 dan 22 Mac 2023 untuk mendengar keterangan lapan lagi saksi.

Sebelum ini, media melaporkan, Nour Rania Asyifaa, 15 bulan, ditemukan tidak sedarkan diri di dalam buaian di sebuah bilik di pusat asuhan di Taman Nusari Aman, Bandar Sri Sendayan pada 22 Februari lalu.

Pada 30 Mac lalu, Yuseri mendakwa anaknya dijerut dan bukan meninggal dunia disebabkan kepala terjerut pada kain buaian

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sebak bersendirian di pelamin

Zuraida Macam Acik Jual Jeruk, Netizen Riuh (Video)

Tiket Konsert BLACKPINK Di Malaysia ‘Sold Out’ Dalam Masa 30 Minit

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker