Bukit Aman beri amaran henti panaskan isu 3R, KK Mart

Bukit Aman beri amaran henti panaskan isu 3R, KK Mart

Bukit Aman memberi amaran keras kepada semua pihak termasuk ahli politik supaya berhenti memanaskan isu kaum, agama dan raja (3R), khususnya melibatkan isu terbaharu penjualan stoking tertera kalimah Allah di cawangan KK Mart.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata beliau bersetuju dengan bekas ketua Pemuda Khairy Jamaluddin yang menyarankan semua pihak supaya “stand down” (kembali bertenang) memandangkan tindakan undang-undang berhubung isu itu sedang berjalan.



“Memandangkan isu 3R kes semakin panas, pertama sekali, apa juga laporan berkaitan isu perkauman kita akan buka dan siasat. Tidak kisah ia dibuat pihak kerajaan atau pihak lain.

“Kita sangat konsisten dalam membuka kertas siasatan ke atas Ahli Parlimen kerajaan atau pembangkang. Kita siasat semua. Saya ingin nasihati semua pihak supaya “stand down”, dan setuju dengan apa yang saudara Khairy kupas dalam podcast. Kami bimbang ia menjadi pemangkin kepada isu perkauman seperti insiden Kampung Medan.

“Ia hanya memburukkan imej negara,” katanya pada sidang media di Bukit Aman hari ini.

Shuhaily berkata, pihaknya sedang mendapatkan lagi maklumat risikan dan sama ada masih terdapat gerakan memburukkan lagi keadaan melibatkan isu 3R.



“Biarkan sistem keadilan kita berfungsi, biar ia melalui proses perundangan, itu kematangan rakyat kita,” katanya.

Bukit Aman beri amaran henti panaskan isu 3R, KK Mart

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Bekas isteri Safee Sali dedah cerita sebenar

Mia Khalifa gaduh dengan Makcik Israel



Saya dah pindah ke Mongolia – Abby Abadi

Farhash rakan perniagaan Sultan Muhammad V



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker