Calon BN mahu bina kolam takungan elak risiko banjir

#PRU15

Calon BN mahu bina kolam takungan elak risiko banjir

KUALA BERANG: Barisan Nasional (BN) akan membina kolam takungan bagi mengurangkan risiko beberapa kampung di Hulu Terengganu ditenggelami banjir jika berjaya membentuk kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Sabtu ini.

Calon BN Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rozi Mamat, berkata walaupun banjir adalah bencana alam yang tidak dapat dielakkan setiap tahun, pembinaan kolam takungan mampu mengurangkan risiko kawasan ditenggelami air.



“Jika diberi mandat pengundi di Parlimen Hulu Terengganu, saya berazam dan akan berusaha melaksanakan projek pembinaan kolam takungan di beberapa kawasan sekitar Kampung Pengkalan Ajal dan Kampung Lubuk Periuk.

“Kos untuk pembinaan kolam takungan tidak menelan belanja tinggi jika dibandingkan membina empangan,” katanya kepada media ketika ditemui pada majlis pengisytiharan bekas pimpinan BERSATU menyertai BN, di Kampung Pengkalan Ajal, di sini, hari ini.

Pada program itu, seramai 150 pemimpin termasuk bekas Setiausaha BERSATU Hulu Terengganu, Zamani Mamat dan Ketua Cawangan BERSATU Kampung Pengkalan Ajal, Alias Abdullah mengumumkan keluar parti dan menyertai BN serta memberi sokongan kepada Rozi.

Rozi mula dipertaruhkan BN bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Telemong pada PRU12 dan memenangi kerusi itu serta dilantik sebagai EXCO Belia dan Sukan.



Pada PRU13, Rozi sekali lagi dipertaruhkan BN bertanding mempertahankan kerusi DUN Telemong dan dilantik semula ke jawatan EXCO Belia dan Sukan.

Pada PRU14, Rozi berjaya mempertahankan kerusi DUN Telemong dan dilantik sebagai Setiausaha UMNO negeri.

Pada PRU15 Sabtu ini, Rozi akan bersaing dengan penyandang kerusi Datuk Rosol Wahid yang mewakili Perikatan Nasional (PN) serta Alias Ismail (PH) dan Mohd Khadri Abdullah (PEJUANG).

Ketika mengulas dakwaan beberapa projek diusahakan lewat siap termasuk pembinaan stadium mini di Kuala Ping, Rozi menjelaskan kelewatan itu bukan bidang kuasanya.



“Sepanjang diberi tanggungjawab sebagai EXCO Belia dan Sukan serta wakil rakyat selama 10 tahun, usaha saya membawa balik beberapa projek untuk kemudahan rakyat di Hulu Terengganu berjaya, tetapi saya tidak mempunyai bidang kuasa mengenai isu kelewatan,” katanya. BH

Calon BN mahu bina kolam takungan elak risiko banjir


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Saya mohon maaf, saya hanya mahu ‘prank’ anak saudara

Takiyuddin bidas kembali kenyataan Muhyiddin, pendirian PAS terbuka



Teman lelaki Syazlin Zainal ziarah pusara kekasih

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker