Russia kembalikan latihan ketenteraan ala Kesatuan Soviet di sekolah

Russia kembalikan latihan ketenteraan ala Kesatuan Soviet di sekolah

MOSCOW: Russia mengembalikan latihan ketenteraan era Kesatuan Soviet di sekolah-sekolah di negara ini selepas berdepan kehilangan jumlah anggota tentera yang besar di Ukraine.

Kanak-kanak akan diajar cara-cara menembak, mengendalikan senapang Kalashnikov selain mempelajari pertolongan cemas serta cara bertindak balas terhadap serangan kimia dan nuklear ketika dua tahun terakhir persekolahan.



Lapor portal Mail Online, pegawai ketenteraan Russia dipercayai cuba menghidupkan semula program ala Komunis itu sebagai tindak balas kepada kekalahan berulang di Ukraine.

Kementerian Pertahanan mendedahkan, Russia merancang memulakan program latihan berkenaan pada September depan dengan lebih 140 jam waktu akademik diperuntukkan setiap tahun untuk melaksanakannya.

Jelas kementerian itu, pelan tersebut akan direka khas bagi menyediakan pelajar dengan kemahiran ketenteraan ketika mereka menghampiri usia kerahan tenaga dan meningkatkan gerakan mobilisasi kerahan tenaga di negara ini.

Langkah terbaharu itu dibuat ketika Presiden, Vladimir Putin mencadangkan untuk melucutkan kewarganegaraan rakyat bukan kelahiran Russia yang bertindak mengkritik perang di Ukraine.



Pindaan itu dilaporkan akan menyasarkan warga Ukraine yang memperoleh pasport Russia semasa pendudukan di Crimea.

Tindakan yang akan dianggap sebagai jenayah itu termasuk mencemarkan nama baik tentera Russia, menyebarkan berita palsu dan penyertaan dalam aktiviti organisasi yang tidak diiktiraf kerajaan negara ini. Utusan

Russia kembalikan latihan ketenteraan ala Kesatuan Soviet di sekolah


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Saya mohon maaf, saya hanya mahu ‘prank’ anak saudara

Takiyuddin bidas kembali kenyataan Muhyiddin, pendirian PAS terbuka



Teman lelaki Syazlin Zainal ziarah pusara kekasih



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker