SPRM serbu Invoke kali kedua, Rafizi melompat lagi

SPRM buat kali kedua menyerbu syarikat Invoke Solutions Sdn Bhd yang diasaskan Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli, manakala Jabatan Kastam juga telah menghantar notis akan melakukan perkara yang sama.

Rafizi pada sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini berkata syarikat itu mematuhi sepenuhnya siasatan yang dibuat

Bagaimanapun, dia menegaskan tindakan itu merupakan pendakwaan politik yang bertujuan untuk mengubah sentimen terhadap Pakatan Harapan sebelum hari pengundian pada 19 Nov.



“Ketika kita sedang bercakap ini, SPRM buat serbuan kedua di pejabat saya di Invoke. Saya faham keadaan berlaku.

“Saya ingat BNpun faham yang mereka akan kalah PRU.

“Jadi masa berbaki dua, tiga hari ini terdesak mencari peluru kononnya dan oleh kerana saya berada di barisan depan mengetuai olahan kempen PRU ini yang menyerang Umno, BN dan PN.

“Saya faham motifnya adalah mereka berharap mereka boleh terjumpa sesuatu sebelum hari mengundi dengan harapan mereka boleh serang kembali saya, boleh mengubah tahap sokongan rakyat,” kata Rafizi yang bertanding di parlimen Pandan.



Rampas lejar

Rafizi berkata SPRM merampas dokumen syarikat dan lejar akaun “dari hari pertama” syarikat itu.

“Ini peluang baik untuk SPRM untuk fahami (syarikat) start ups dan penilaian,” katanya.

“Mereka minta contohnya akaun semasa pengarah syarikat dan saya boleh sebut kepada orang ramai dan (KP SPRM) Azam Baki mereka akan terkejut untuk menemui bahawa saya tidak pernah ambil satu senpun daripada syarikat itu sejak hari pertama penubuhannya.



“Malah syarikat itu masih berhutang duit saya,” jelasnya.

SPRM merampas beberapa dokumen dari pejabat Invoke semalam dan menahan kakitangan itu untuk disoal siasat di pejabat itu sehingga tujuh jam.

Pengarah Kanan Penyiasatan SPRM Hishamuddin Hashim dipetik laporan Utusan Online mengesahkan serbuan pada jam 11.30 pagi itu, menyebutnya “prosedur rutin”.

Menurutnya, tiada sebarang kenyataan diambil daripada mana-mana individu sepanjang serbuan itu.



Sebaliknya, dia berkata pihaknya hanya meminta penjelasan berhubung dokumen yang dirampas itu.

Hishammuddin seterusnya mengesahkan serbuan itu berhubung laporan polis yang dibuat oleh sebuah NGO berhubung pengisytiharan harta Rafizi yang mengumumkan aset bersihnya bernilai RM18.85 juta.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Saman tuduhan LGBT: Razman tegas nak tanya Anwar, benarkah beliau meliwat?

Kalau tak suka ‘just swipe’ – Syafinaz

Janji-janji pelik yang dijanjikan calon pilihan raya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker