Mahathir kata BKM haram dengan harapan dapat memerintah lagi – Hishammuddin

#PRU15

Mahathir kata BKM haram dengan harapan dapat memerintah lagi – Hishammuddin

Mahathir Mohamad melabel bayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) bernilai RM2.1 bilion sebagai haram diberikan kepada rakyat diibaratkan seperti meludah ke langit.

Bendahari Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, kenyataannya itu semalam adalah sama seperti yang pernah dilakukan ketika beliau menjadi perdana menteri sebelum ini di bawah jenama lain.



“Sama macam Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dulu pun dia kata haram, (tapi) lepas dia memerintah dia tukar jenama itu kepada lain-lain (nama).

“Jadi sekarang ini, kalau (dia) kata (BKM) tak kena, haram juga dengan harapan dia dapat memerintah sekali lagi dia akan tukar nama tu kepada benda yang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra bersama jentera Barisan Nasional (BN) Parlimen Jasin di Dewan Alamanda, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan 1, Datuk Seri Ahmad Hamzah; Pengerusi BN Parlimen Jasin merangkap Ketua UMNO Bahagian Jasin, Datuk Hasan Abd Rahman serta calon BN Parlimen Jasin, Datuk Roslan Ahmad.



Semalam, Dr Mahathir menyifatkan bayaran RM2.1 bilion kepada rakyat di bawah BKM Fasa 4 yang dipercepatkan daripada Disember kepada 15 November ini haram diterima rakyat.

Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu berkata, pembayaran yang diawalkan seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Khamis lalu hanyalah untuk mendapat pengaruh dan undi rakyat pada PRU15, 19 November ini.

Bekas perdana menteri itu berkata demikian ketika berucap di hadapan penyokongnya pada Program Himpunan Pejuang Melaka di Ibu Pejabat Pejuang Melaka, di Taman Cempaka, Peringgit, di sini, malam tadi.

Mengulas lanjut, Hishammuddin yang juga Menteri Kanan Pertahanan berkata, kerajaan sudah melalui pelbagai tuduhan oleh bekas perdana menteri itu selama ini.



“Lagi sekali kita dah melalui tuduhan sebegini rupa dan kadangkala orang tak perasan dalam kesibukan kita nak berkempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang hanya berbaki dalam beberapa hari lagi, isu-isu sebegini selalu digembar-gemburkan.

“Tetapi akhirnya rakyat dilokaliiti dan yang akan menentukan siapa yang layak jadi wakil rakyat di kawasan masing-masing berbanding apa yang mereka telah janjikan sebelum ni tapi tidak dilaksanakan,” katanya. MG

Mahathir kata BKM haram dengan harapan dapat memerintah lagi – Hishammuddin


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Adakah Muhyiddin masih anggap PAS parti ‘ajaran sesat’ [VIDEO]

Nadia Brian dikritik, sampai nampak bonjol payudara ( Video)



Kostum bertanduk, Fasha Sandha teruk ‘ditarbiah’ netizen



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker