Ahmad Said kecam kempen guna agama keterlaluan

#PRU15

Ahmad Said kecam kempen guna agama keterlaluan

Tindakan segelintir pemimpin Pas mengeluarkan hukum mengundi Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) akan masuk neraka disifatkan amat keterlaluan.

Pengerusi BN Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said mengecam pendekatan kempen Pas tersebut yang dikhuatiri boleh mengelirukan dan memecah-belahkan masyarakat khususnya dalam kalangan penganut Islam.

“Sangat keterlaluan kempen (pemimpin Pas) menggunakan agama termasuk menentukan syurga dan neraka pengundi.

“Kita tidak diberi lesen atau tauliah oleh Allah untuk mengkafirkan orang,” katanya ketika ditemui sewaktu bertemu pengundi Parlimen Marang di Kampung Sungai Kerak di sini hari ini.

Ketua Pemuda Pas Sik, Mohd. Shahiful Mhd. Nasir sebelum ini dalam ceramah politiknya mendakwa sesiapa yang mengundi BN dan PH akan masuk neraka sebelum membuat permohonan maaf pada Jumaat lalu.

Ahmad yang juga calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Kemaman berkata, kempen melampau menggunakan agama yang pernah memecah-belah rakyat Terengganu pada tahun 1980-an dan 1990-an tidak sepatutnya berlaku lagi pada PRU15.

Sementara itu, Naib Presiden Pas, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar pula menganggap ketelanjuran Mohd. Shahiful itu sebagai kes terpencil.

Menteri Besar Terengganu berkenaan berkata, penceramah Pas terbabit juga telah menyedari kekhilafannya dan meminta maaf secara terbuka. K Online

Ahmad Said kecam kempen guna agama keterlaluan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Penumpang LRT rosak jadi mangsa samun kerana jalan kaki [VIDEO]

Ismail Sabri sokong KJ diangkat sebagai PM pada masa akan datang

Mat Sabu ‘Koyak’ di Kota Raja, maki perempuan bohsia [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker