Tumpu menang, usah berbalas kenyataan – Ismail

#PRU15

Tumpu menang, usah berbalas kenyataan – Ismail

Semua calon Barisan Nasional (BN) dan UMNO digesa agar memberi tumpuan memenangi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), berbanding berbalas kenyataan.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata tindakan berbalas kenyataan tidak membawa kebaikan kepada parti dan usaha untuk menang kerusi yang ditandingi.

Perdana Menteri berkata, solidariti dalam BN dan UMNO perlu diutamakan untuk meningkatkan keyakinan rakyat kepada parti.

“Saya harap tidak kira siapa dalam UMNO atau BN agar memberi tumpuan untuk memang di kawasan yang ditandingi.

“Ini lebih penting untuk calon BN dapat menyumbang kerusi dan menjadi parti dominan dalam membentuk kerajaan.

“Apa yang penting kini adalah menguatkan parti dan menang pilihan raya adalah sasaran kita (BN),” katanya pada sidang media selepas Majlis Ramah Mesra Bersama Penduduk Kampung Batu Papan di Kuala Bera, di sini, hari ini.

Ismail Sabri berkata, rakyat kini sedang melihat dan menilai setiap tindak tanduk calon yang bertanding dan mungkin pelbagai spekulasi dan persepsi boleh dibuat.

Sejak beberapa hari lalu, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan calon BN kerusi Parlimen Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin, dilihat sering berbalas kenyataan di media khususnya mengenai isu pencalonan Khairy di kawasan berkenaan.

Khairy secara terbuka mengakui terpaksa mencari sendiri kerusi Parlimen yang akan ditandinginya selepas dia diminta mengosongkan kerusi Parlimen Rembau.

Malah, Khairy juga secara terbuka mengakui tidak menggemari segelintir pemimpin UMNO dan mahu ‘membersihkan’ parti itu jika berjaya menawan Parlimen Sungai Buloh.

Ahmad Zahid dalam responnya meminta Khairy menumpukan usaha memenangkan kerusi Sungai Buloh sambil mengakui bekas Ketua Pemuda UMNO itu sendiri yang meminta untuk bertanding di kerusi itu. BH

Tumpu menang, usah berbalas kenyataan – Ismail


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Penumpang LRT rosak jadi mangsa samun kerana jalan kaki [VIDEO]

Ismail Sabri sokong KJ diangkat sebagai PM pada masa akan datang

Mat Sabu ‘Koyak’ di Kota Raja, maki perempuan bohsia [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker