Dilema pengundi Sungai Buloh, kini mahu beri peluang kepada KJ

Seperti kebanyakan penghuni di Kota Damansara, saya amat berpuas hati dengan Kerajaan Negeri yang sedia ada di Selangor. Harga air kekal murah, banyak kemudahan dan bantuan khusus untuk anak Selangor, dan yang paling penting, kehidupan saya sekeluarga kekal tenang walaupun negeri Selangor ini ditadbir oleh “parti pembangkang” sejak 2008.

Begitu juga, dengan Ahli Parlimen dan ADUN yang sedia ada, keluh kesah kami didengari dan diberi perhatian. Y.B. Sivarasa khususnya selaku wakil rakyat cukup rajin menyantuni penduduk tempatan, dan ramai di kalangan penduduk sini yang agak terkilan apabila mendapat makluman bahawa beliau tidak akan bertanding di Sungai Buloh ini.

Pada masa yang sama, saya juga dapat lihat bahawa ramai di kalangan penduduk Kota Damansara ini yang amat teruja dengan kehadiran Y.B. Khairy Jamaluddin sebagai calon di kawasan kami. Terasa seakan ada tenaga luar biasa yang menarik hati dan perasaan kami sebagai penduduk tempatan. Biarpun beliau baru kali ini datang menjenguk kami di kawasan ini.



Seperti ramai di kalangan rakan-rakan saya, saya masih menimbang ke arah mana yang sebaiknya untuk saya tujukan undi saya, terutamanya dari segi siapa yang akan membentuk kerajaan persekutuan nanti.

Pada masa yang sama, jika Khairy menang, saya yakin dengan suara beliau yang cukup lantang dan kerajinan beliau dalam membuat kerja berdasarkan prestasi rekod sebelum ini. InsyaAllah, masa depan kami di Sungai Buloh ini akan lebih terbela, walau pihak mana pun yang menang pilihan raya nanti.

Muhammad Hafiz Ghazali
Kota Damansara

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Penumpang LRT rosak jadi mangsa samun kerana jalan kaki [VIDEO]



Ismail Sabri sokong KJ diangkat sebagai PM pada masa akan datang

Mat Sabu ‘Koyak’ di Kota Raja, maki perempuan bohsia [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker