Isu isytihar harta, Mahathir bidas Anwar lagi
Mahathir mempersoalkan pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang mencadangkan calon parti bertanding Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) mengisytiharkan harta masing-masing.
Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu berkata, pengisytiharan harta perlu dilakukan sepanjang masa dalam Dewan Rakyat dan bukan pada musim pilihan raya sahaja.
“Isytihar waktu dekat PRU, kenapa dia tak cakap waktu lain. Dalam Dewan (Rakyat) itu, katalah kami nak isytihar harta, tapi tidak, nak dekat PRU baru nak isytihar.
“Saya bersetuju (isytihar) tetapi bukan dekat PRU. Itu kita cakap dalam Dewan lepas jadi wakil rakyat perlu isytihar harta,” katanya selepas hadir majlis Santai Petang bersama calon Pejuang di Parlimen Kuala Kedah di Taman Bersatu, di sini hari ini.
Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pemimpin Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) belum bersedia untuk mengisytihar harta masing-masing kerana didakwa takut mendedahkan aset yang dikumpul mereka ketika menjawat jawatan tertinggi negara.
Terdahulu, Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, setiap calon PRU15 perlu melakukan pengisytiharan harta masing-masing bagi memastikan piawaian yang lebih tinggi untuk PRU akan datang.
Menyentuh tentang Khairy Jamaluddin yang diuar-uarkan layak untuk menjadi Perdana Menteri, kata Dr Mahathir, perkara itu hanya boleh diputuskan jika beliau menang dalam PRU15.
“Banyak orang boleh jadi Perdana Menteri, sesiapa pun boleh. Kita tak boh (letak) nama sebab kita nak menang dulu, bila menang dapat lebih 112 kerusi pada masa itu boleh cadang siapa jadi Perdana Menteri.
“Parti kita pun ada banyak orang muda yang boleh jadi Perdana Menteri tetapi kita tunggu selepas menang dahulu baru cakap,” katanya
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- BAS pelajar UPSI terbabas jatuh cerun bukit [VIDEO]
- GTA nampak tidak dapat sambutan sebab tiada duit untuk buat sepanduk dan bendera – Mahathir
- Suasana tegang apabila calon PH dan PN hampir ‘bercium’ di pasar malam [VIDEO]
- Hajiji bidas Muhyiddin, kami urus politik Sabah ikut cara ‘Sabah’
- Penduduk boikot aktiviti gotong royong Mas Ermieyati
- Menang di Tumpat PAS tak janji tingkatkan kualiti air tapi tawar korban 20 ekor lembu
- Mahathir pergi Sabah kutuk Warisan
- Anwar yang rosakkan negara – Mahathir
- Aaron Carter ditemui mati lemas dalam tab mandi
- Rafizi kata kejutan besar, Tok Mat sahut sebagai cabaran
- Abang Jo bidas Muhyiddin khianat janji, tiada kerjasama selepas PRU-15
- Punca Cleopatra bertanding Parlimen Batu
- Anwar masuk penjara sebab jenayah bukan macam Nelson Mandela
- Bengang dengan A.Aida
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Penumpang LRT rosak jadi mangsa samun kerana jalan kaki [VIDEO]
Ismail Sabri sokong KJ diangkat sebagai PM pada masa akan datang
Mat Sabu ‘Koyak’ di Kota Raja, maki perempuan bohsia [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.