Ngeri: Payung terjun gagal berfungsi, anggota tentera jatuh terhempas patah tulang [VIDEO]

Seorang askar Tentera Udara Indonesia (AU) jatuh dari ketinggian 487 meter ketika menjalani latihan payung terjun bersama Komando Pasukan Gerakan Pantas (Kopasgat), lapor laman berita Detik.

“Askar itu segera menerima bantuan daripada pasukan penyelamat. Dia kemudian dirujuk ke hospital terdekat di Pangkalan Udara Sulaiman,” kata Ketua Penerangan Kopasgat, Kolonel Gunawan.

Gunawan menjelaskan bahawa askar itu mengalami kecederaan yang memerlukan dia kemudian dirujuk ke Hospital AU Dr M Salamun di Bandung.

Menurut beliau, askar itu kini berada dalam keadaan stabil dan sudah sedarkan diri.

Gunawan memaklumkan bahawa askar itu mengalami patah tulang. Beliau bersyukur kerana keadaan mangsa kini stabil.

“Patah tulang itu berkemungkinan besar berlaku kerana dia jatuh dengan pantas,” katanya.

Anggota AU itu terjun daripada sebuah pesawat pada ketinggian 487 meter, namun payung terjun yang dipakai gagal terbuka di ruang udara.

Rakaman memaparkan detik kegagalan payung terjun itu terbuka tular di media sosial.

Kejadian itu berlaku di Bandung, Jawa Barat. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Penumpang LRT rosak jadi mangsa samun kerana jalan kaki [VIDEO]

Ismail Sabri sokong KJ diangkat sebagai PM pada masa akan datang

Mat Sabu ‘Koyak’ di Kota Raja, maki perempuan bohsia [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker