Selangor umum cuti Jumaat depan

Oleh Azrin Muhammad

DATUK Seri Amirudin Shari mengumumkan Jumaat depan sebagai cuti umum yang memberi manfaat kepada 3.67 juta pengundi di Selangor

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor bersetuju untuk mengisytiharkan 18 November depan sebagai cuti umum di seluruh negeri itu merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

Keputusan berkenaan dibuat bagi memudahkan 3.67 juta pengundi di Selangor untuk keluar membuang undi dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada 19 November 2022.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, cuti berkenaan dapat dimanfaatkan juga bagi mereka yang bekerja dan bermastautin di negeri ini untuk pulang mengundi di kampung halaman masing-masing.



“Kerajaan negeri mempunyai kuasa mengisytiharkan hari pelepasan am berdasarkan Akta Hari Kelepasan 1961 (Akta 369).

“Pewartaan mengenainya akan dibuat pada Rabu depan selepas kita meluluskan dari segi undang-undang,” katanya pada sidang akhbar khas di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), di sini hari ini.

Sementara itu, Amirudin memberitahu proses menggazetkan cuti berkenaan akan dibatalkan serta-merta sekiranya Kerajaan Persekutuan mengumumkan cuti umum seluruh negara pada hari yang sama.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Penumpang LRT rosak jadi mangsa samun kerana jalan kaki [VIDEO]



Ismail Sabri sokong KJ diangkat sebagai PM pada masa akan datang

Mat Sabu ‘Koyak’ di Kota Raja, maki perempuan bohsia [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker