Tiada perpecahan di Pasir Salak, hubungan Azwan-Tajuddin seperti biasa

Tiada perpecahan di Pasir Salak, hubungan Azwan-Tajuddin seperti biasa

PASIR SALAK: Hubungan Datuk Khairul Azwan Harun dan penyandang kerusi Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman masih baik, sekali gus menafikan khabar angin berlaku perpecahan di kawasan tersebut.

Calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) itu berkata, memang ada suara nakal, ‘mengusik’ beliau dengan pelbagai khabar angin namun biasanya ia datang dari pihak lawan.

Bahkan, katanya, usikan itu sudah bermula semasa Hari Penamaan Calon lagi apabila pihak lawan melaungkan nama Tajuddin namun beliau menganggap ia sebagai jenaka memeriahkan hari penamaan.

“Hubungan yang ada tu berjalan seperti biasa, saya tidak ada rasa tiba-tiba beliau halang saya mengepalai jentera. Perkara yang penting dalam PRU adalah siapa yang menjadi Pengarah Jentera Pilihan Raya.

“Sudah tentu apabila calon itu jadi pengarah, tiada siapa bantah termasuk Datuk Seri. Dia kata Azwan calon, Azwan pengarah. Saya anggap itu komitmen beliau sebagai ahli parti,” katanya kepada Astro AWANI.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua UMNO Bahagian itu juga menganggap Tajuddin berjiwa besar kerana beliau tidak melakukan tindakan bertanding atas tiket lain seperti mana dilakukan beberapa bekas pemimpin UMNO.

“Saya gembira kerana beliau sendiri mengakui dan memberi jalan kepada saya untuk mengepalai jentera pilihan raya.“Secara tradisi, calon akan jadi pengarah jentera dan tiada bantahan atau kekangan dibuat beliau,” katanya kepada Astro AWANI.

Selepas tiga penggal, Tajuddin tidak lagi akan bergelar Ahli Parlimen Pasir Salak selepas UMNO tidak mencalonkan beliau dalam pilihan raya kali ini, menggantikan beliau dengan calon lebih muda, Khairul Azwan.

Saingan di kerusi tersebut amat menarik kerana ia mempertemukan empat calon baharu di Parlimen itu.

Selain Khairul Azwan, ia turut ditandingi Nik Omar Nik Abdul Aziz (Pakatan Harapan), Jamaludin Yahya (Perikatan Nasional) dan Zairol Hizam Zakaria (Gerakan Tanah Air).AA

Tiada perpecahan di Pasir Salak, hubungan Azwan-Tajuddin seperti biasa

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Hamzah ‘ketat’ disambut dengan sorakan ‘Katak & Pengkhianat’

Budak Kena Terajang Dek Lelaki Sebab Bengang Lama Sangat Bersandar Di Keretanya [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker