Kereta rempuh pasar raya, pengawal keselamatan cedera

SEORANG pengawal keselamatan cedera selepas dirempuh sebuah kereta yang tiba-tiba meluncur masuk ke sebuah pasar raya di Chembong, Rembau malam tadi.

REMBAU: Seorang pengawal keselamatan cedera dirempuh sebuah kereta yang secara tiba-tiba merempuh masuk ke sebuah pasar raya di Chembong, di sini, malam ini.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden Hazri Mohamad berkata, kejadian berkenaan berlaku kira-kira pukul 7.30 malam tadi, membabitkan seorang lelaki berusia 46 tahun yang merupakan pemandu kereta jenis Toyota Corrolla.

Menurutnya, berdasarkan siasatan awal, pemandu kereta tersebut baharu sahaja selesai membeli barang di pasar raya tersebut.

“Semasa mahu memulakan perjalanan untuk pulang, pemandu berkenaan telah tersilap masuk ke gear mengundur lalu telah hilang kawalan dan merempuh masuk ke dalam pasar raya.

“Kereta kemudian melanggar seorang pengawal keselamatan iaitu wanita berusia 56 tahun yang ketika itu berada berdekatan dengan pintu pasar raya,” katanya hari ini.

Ujar Hazri lagi, mangsa telah dihantar ke Hospital Rembau untuk menerima rawatan dan kes disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959 (Peraturan 10 LN 166/59) kerana gagal mengawal kenderaan

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Hamzah ‘ketat’ disambut dengan sorakan ‘Katak & Pengkhianat’

Budak Kena Terajang Dek Lelaki Sebab Bengang Lama Sangat Bersandar Di Keretanya [VIDEO]

Pemandu letak pesanan ‘manja’ buat ramai terhibur

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker