Tempoh 8 tahun lalu paling panas dalam sejarah
KAHERAH, Mesir – Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO) memberi amaran dalam laporannya bahawa tempoh lapan tahun lalu adalah yang paling panas pernah direkodkan sejak WMO mula menerbitkan data suhu dunia.
Menurut WMO yang merupakan agensi di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), krisis iklim menjadi serius pada dekad lalu dengan takat peningkatan suhu dunia 1.5 darjah Celsius seperti dipersetujui oleh banyak negara, gagal dicapai.
Diterbitkan pada hari pembukaan sidang kemuncak iklim COP27, laporan sama menyebut bahawa pelepasan gas rumah hijau mencatat rekod baharu dan menjadi punca kepada bencana besar-besaran di seluruh dunia seperti banjir dahsyat di Pakistan serta Puerto Rico.
Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres semasa ucaptama beliau berkata, Bumi berada di ambang titik perubahan dan tidak akan lagi dapat kembali kepada keadaan sebelum fenomena perubahan iklim berlaku.
Katanya, suhu dunia meningkat secara konsisten sejak 2016 akibat pencemaran.
“Lebih serius amaran yang dikeluarkan, lebih teruk impak yang berlaku.
“Kita mempunyai gas karbon dioksida terlalu tinggi dalam atmosfera sekarang sehinggakan peningkatan suhu 1.5 darjah Celsius seperti yang dipersetujui di bawah Perjanjian Paris tidak lagi dapat dicapai.
“Sekarang sudah terlambat untuk menyelamat banyak glasier di Bumi, manakala peningkatan paras laut menjadi ancaman jangka panjang utama kepada berjuta-juta penduduk kawasan tepi pantai dan negara-negara yang kedudukannya lebih rendah daripada paras laut,” kata Setiausaha Agung WMO, Profesor Petteri Taalas pula.
Menurutnya, selain banjir, gelombang haba dan kemarau juga menjadi semakin kerap sejak dekad lalu, dengan China merekodkan suhu amat tinggi, manakala sebilangan sungai di seluruh dunia kering.
Sidang kemuncak iklim COP27 tajaan PBB itu berlangsung di lokasi peranginan Laut Merah kelmarin ketika negara-negara dunia berdepan semakin banyak bencana alam yang pada tahun ini sahaja, meragut ribuan nyawa serta menyebabkan kerugian berbilion-bilion dolar.
Pemimpin sekitar 110 negara dijadualkan menghadiri sidang itu. Presiden China, Xi Jinping bagaimanapun tidak menghadirinya. China merupakan negara pengeluar gas rumah hijau terbesar di dunia.
Antara agenda utama sidang kali ini termasuk negara-negara kaya menetapkan jangka masa untuk menyumbang dana tahunan AS$100 bilion (RM474.5 bilion) bagi membantu negara-negara membangun memajukan ekonomi hijau dan membina ketahanan terhadap perubahan iklim di masa hadapan. – Agensi
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Nabil ditegur jangan melampau ‘bahan’ peserta
- Penduduk boikot aktiviti gotong royong Mas Ermieyati
- Menang di Tumpat PAS tak janji tingkatkan kualiti air tapi tawar korban 20 ekor lembu
- Mahathir pergi Sabah kutuk Warisan
- Anwar yang rosakkan negara – Mahathir
- Aaron Carter ditemui mati lemas dalam tab mandi
- Rafizi kata kejutan besar, Tok Mat sahut sebagai cabaran
- Abang Jo bidas Muhyiddin khianat janji, tiada kerjasama selepas PRU-15
- Punca Cleopatra bertanding Parlimen Batu
- Anwar masuk penjara sebab jenayah bukan macam Nelson Mandela
- Bengang dengan A.Aida
- Hanya BN mampu ‘beri nyawa kepada ekonomi’ – Zaid
- Lelaki cabul pelajar IPT ditahan polis
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Hamzah ‘ketat’ disambut dengan sorakan ‘Katak & Pengkhianat’
Budak Kena Terajang Dek Lelaki Sebab Bengang Lama Sangat Bersandar Di Keretanya [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.