Hamzah sedar ramai ahli PN berpaling tadah bantu kempen UMNO

 

Hamzah sedar ramai ahli PN berpaling tadah bantu kempen UMNO berdasarkan maklumat yang diperolehi. Malah menurut Hamzah Perikatan Nasional (PN) akan menggunakan khidmat ejen khas untuk menyelidik serta menyiasat mana-mana ahli dalam parti gabungan itu  yang masih cuba berpaling tadah termasuk mereka yang menjadi pencadang, penyokong serta berkempen untuk parti lain pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Beliau yang juga Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkata, satu kenyataan mengenai perkara itu juga dikeluarkan semalam dan mereka yang didapati terlibat akan tergugur keahlian jika dikesan berbuat demikian.

“Sebenarnya, laporan (salah laku mereka) ini datang daripada semua pihak. Ada yang datang daripada ketua-ketua, pengerusi PN di kawasan masing-masing dan mereka juga tahu siapa (pelaku) dengan bukti-bukti yang nyata.

“Sebab itulah kita kena selidik. Kita bagi ejen-ejen turun tengok betul-betul dan jika semuanya terbukti betul selepas satu penyiasatan yang lengkap dibuat, maka kita akan ambil tindakan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis perjumpaan bersama para pengundi di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Taman Senangan, Butterworth di sini, hari ini.

Selain Bersatu, satu lagi parti komponen dalam PN iaitu Pas menerusi Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan sebelum ini turut memberi ‘kata dua’ kepada mana-mana ahli parti tersebut yang membantu kempen ahli parti lain pada PRU15.

Dalam perkembangan lain, beliau memberitahu, manifesto PN hasil daripada dasar yang komprehensif terhadap hal ehwal ekonomi dan bertujuan membantu semua pihak khususnya rakyat.

“Kita mahu bersikap adil kepada semua orang. Semua itu (manifesto) kita buat kajian dengan profesor, profesor ekonomi, saintis dan ahli politik sendiri yang tahu kehendak di bawah (rakyat),” katanya yang menepis dakwaan sesetengah pihak yang mendakwa manifesto PN tidak menyeluruh dan kurang menyentuh soal ekonomi.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Hamzah ‘ketat’ disambut dengan sorakan ‘Katak & Pengkhianat’

Budak Kena Terajang Dek Lelaki Sebab Bengang Lama Sangat Bersandar Di Keretanya [VIDEO]

Pemandu letak pesanan ‘manja’ buat ramai terhibur

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker