Sharul Aimy ramai peminat

Sharul Aimy ramai peminat

Gimnas muda kebangsaan yang kian menempa nama, Muhammad Sharul Aimy Mohd Kamaru Hisam mengakui sejak pembabitannya dalam temasya Sukan Sea Vietnam 2021 pada Mei lalu menjadi pembuka laluan untuk orang ramai lebih mengenalinya.

Sharul Aimy yang kini berusia 21 tahun itu juga tidak menyangka namanya akan menjadi bualan warga maya selepas beberapa klip video ketika dia beraksi di Sukan Sea Vietnam sebelum ini tular.

Kebanyakan pengguna ketika itu menyifatkan gimnas berasal dari Terengganu itu memiliki rupa paras yang tampan, maka tidak harianlah namanya sering menjadi bualan.

Bagaimanapun, Sharul Aimy tidak menganggap ia sebagai perkara yang mengganggu kehidupannya terutama kepada prestasinya dalam sukan gimnastik.

“Mula-mula saya tak jangka pun perkara itu sebab saya tengah fokus dalam pertandingan (Sukan Sea Vietnam 2021). Selepas itu, bila buka saja telefon saya terkejut sebab tiba-tiba ramai yang mengikuti (follow) di media sosial.

“Tapi, semua itu okay saja sebab mereka sokong saya. Setakat ini memang tak mengganggu (bila ramai peminat). Kebanyakan daripada mereka memang sokong saya. Kalau sampai mengganggu itu tak ada,” katanya.

Terbaharu, Sharul Aimy mengambil bahagian dalam Sukan Malaysia (Sukma) 2022 sebagai wakil negeri Terengganu dan setakat ini dia berjaya mempamerkan aksi cemerlang dengan meraih tiga pingat emas menerusi acara senaman lantai, kekuda pelana dan melombol. HM

Sharul Aimy ramai peminat


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nourul Depp Dedah Sikap Sebenar Rosyam Nor

Jika suami sudah meninggal dunia, satu jari dia memadai sebagai bukti

Berkomplot bunuh suami, wanita dicekup polis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker