TMJ nafi jadi punca lelaki terlibat kemalangan kecil

TMJ nafi jadi punca lelaki terlibat kemalangan kecil

Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim tampil menafikan dakwaan seorang lelaki yang mengatakan keretanya terlibat dalam kemalangan kecil gara-gara perlu memberi laluan kepada pengiring kenderaan TMJ semalam.

Lelaki tersebut di laman Twitternya berkata, dia terpaksa berhimpit ke kanan jalan sehingga kenderaannya bergesel dengan pembahagi gara-gara mahu memberi laluan kepada pengiring kenderaan TMJ ketika jalan raya sesak.

“Tadi tengah ‘traffic light’ sesak, tiba-tiba bunyi siren, jadi kereta mengelak dan berhimpit ke kanan, dan aku pun ke kanan sekali sampai tergesel ‘divider’ tepi jalan, sekali yang lalu TMJ , ingat kecemasan apa lah.

“Ni kalau hantar insurans mahu sebulan dekat dalam, hantar bengkel tiga empat hari dah siap, tapi aku ni pengusaha kantin, kereta kalau sebulan tak ada, nak bagi makan apa dekat staf, mungkin bagi dia benda remeh, tapi kereta ni bagi makan tiga orang yang berkeluarga,” dakwa lelaki itu.

Bagaimanapun, TMJ tidak berdiam diri apabila tampil membalas ciapan itu dan menegaskan dia berada di rumah dan tidak keluar ke mana-mana semalam.

TMJ juga menasihatkan pemuda terbabit supaya tidak menyebarkan kenyataan berbaur menghasut memandangkan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bakal diadakan tidak lama lagi.

“Salam Encik. Nak buat cerita pun agak-agaklah. Saya tak keluar rumah pun hari ini.

“Saya faham PRU (Pilihan Raya Umum) dah dekat, tetapi taktik menghasut dan menipu tidak akan selesaikan masalah-masalah rakyat. Banyak lagi cara positif lain yang lebih efektif,” katanya.

Tinjauan Kosmo! mendapati lelaki tersebut tidak membalas ciapan dibuat TMJ, malah dakwaannya di Twitter juga masih belum dipadam. K Online

TMJ nafi jadi punca lelaki terlibat kemalangan kecil


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Hamzah ‘ketat’ disambut dengan sorakan ‘Katak & Pengkhianat’

Budak Kena Terajang Dek Lelaki Sebab Bengang Lama Sangat Bersandar Di Keretanya [VIDEO]

Pemandu letak pesanan ‘manja’ buat ramai terhibur

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker