Presiden MCA dedahkan penipuan Kerajaan DAP pada rakyat

BAYAN LEPAS – Kenyataan DAP yang mendakwa kerajaan Barisan Nasional (BN) telah membatalkan banyak projek infrastruktur di Pulau Pinang adalah satu pembohongan besar.Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, DAP perlu berhenti daripada terus menyalahkan kerajaan terkini sedangkan ketika Pakatan Harapan (PH) menjadi kerajaan sebelum ini, tiada projek yang diluluskan untuk Pulau Pinang.

“Ini masalah dia, dulu dia (DAP) pernah jadi kerajaan, sekarang dia menuding jari kononnya kita tidak membantu mereka, kita menindas mereka. Jadi soal LRT (Transit Aliran Ringan) mereka kata kerajaan menindas mereka. (Menteri Kewangan) Tengku (Datuk Seri) Zafrul pernah jawab di Parlimen ketika kamu jadi Menteri Kewangan (Lim Guan Eng), kamu tidak kemukakan apa yang dikehendaki. Macam mana nak lulus?

“Macam mana nak luluskan kalau tambakan pun belum dilakukan. Itu pun EIA (laporan penilaian impak alam sekitar) belum dapat kelulusan.

“Jangan sewenang-wenangnya menuduh kementerian tidak bagi kononnya kita menganaktirikan mereka. Rapid Penang, kalau benar kita nak anak tirikan mereka, mengapa kerajaan pusat beri subsidi,” katanya pada sidang akhbar selepas melawat Pusat Kegiatan Desa Permatang Damar Laut di sini pada Isnin.

Berkenaan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP), Ka Siong berkata, pada 2017 semasa pembentangan Bajet 2018 oleh kerajaan BN telah menyatakan dengan jelas rancangan untuk pembesaran LTAPP.

Bagaimanpun beliau berkata, apabila kerajaan PH berjaya mengambil alih pentadbiran, mereka mahu guna kaedah inisiatif pembiayaan swasta (PFI).

“Saya dah tengok dokumen sebab saya Menteri Pengangkutan, saya tahu apa yang berlaku. Siapa yang diajak jadi ‘teman bersama’ dengan Malaysia Airports Holdings Sdn Bhd (MAHB). Saya tahu semua, saya boleh dedahkan. Tetapi sekarang, jika dia nak menuding jari, ambil cermin, tengok diri dulu,” katanya.

Beliau berkata lagi, dakwaan kononnya kerajaan BN lambat untuk melaksanakan projek di negeri ini juga merupakan penipuan.

“Kalau ikutkan peruntukan 2018 yang telah diluluskan, mereka boleh laksanakan sahaja. Jadi apa masalah sekarang sebab awak sendiri yang menghentikannya. Apabila saya menjadi Menteri Pengangkutan, lapan hari selepas jadi menteri, terus Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Apa yang berlaku adalah peruntukan asal itu, masa Guan Eng dia tak guna. Kemudian dia nak buat PFI, dia yang melambat-lambatkan proses. Bila saya jadi menteri, kenapa pula nak salahkan saya? Sebab waktu itu, MAHB tidak ada pendapatan.

“Tiba-tiba dalam tempoh pandemik, mereka kena belanja RM140 juta sebulan selama dua tahun kerana caj perkhidmatan penumpang tidak boleh dikutip sebab tiada orang ke luar negeri. Itu yang jadi masalah kita, bila disediakan dana, dia tidak guna,” katanya.

Kata beliau, apabila pandemik, projek pembesaran LTAPP terpaksa ditangguhkan kerana kemampuan kewangan pihak MAHB.

“Bagaimanapun, ia tidak bermakna kementerian tidak melakukan apa-apa. Saya sudah berbincang dengan (Ketua Menteri) Chow Kon Yeow pada Ogos 2020. Saya terangkan apa kekusutan yang kita hadapi.

“Tetapi ada sedikit tanah yang perlu kita usahakan sementara kita berdepan dengan pandemik, isu sekolah yang perlu dipindahkan, memerlukan kelulusan daripada kerajaan negeri dan banyak lagi urusan tanah yang perlu dilakukan.

“Namun apabila kita sudah siap, kita akan beri keutamaan kepada Pulau Pinang. Bukan kita yang batalkan, yang batalkan banyak projek adalah PH,” katanya.

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Hamzah ‘ketat’ disambut dengan sorakan ‘Katak & Pengkhianat’

Budak Kena Terajang Dek Lelaki Sebab Bengang Lama Sangat Bersandar Di Keretanya [VIDEO]

Pemandu letak pesanan ‘manja’ buat ramai terhibur

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker