BN kekal pendirian Ismail Sabri calon PM – Ka Siong

#PRU15

BN kekal pendirian Ismail Sabri calon PM – Ka Siong

MCA menyokong pendirian Barisan Nasional (BN) mengangkat Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjadi Perdana Menteri jika gabungan parti itu memenangi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, parti itu kekal dengan pendirian dewan tertinggi BN berhubung perkara itu seperti dicadangkan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dilakukan sebelum ini.

Tegas beliau, semua parti komponen BN berbincang perkara itu dan bersepakat mengenai pemilihan Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO sebagai Perdana Menteri.

“Rakyat sudah dimaklumkan mengenai perkara itu dan sekarang fokus adalah untuk memastikan kemenangan BN bagi membentuk kerajaan baharu,” katanya dalam Program Sayangi Komuniti Ayer Hitam Lebih Baik Cegah, anjuran Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Johor di Dewan Putra Ayer Hitam, hari ini.

Beliau mengulas penafian Ahmad Zahid mengenai dakwaan beliau akan dilantik sebagai Perdana Menteri sekiranya UMNO dan BN memenangi PRU15 sambil menyifatkan ia strategi pihak lawan memecahbelahkan BN dan UMNO.

Sementara itu, Ka Siong yang mahu mempertahankan Parlimen Ayer Hitam menegaskan, tiada isu perkauman akan dimainkan pihaknya sepanjang tempoh berkempen.

“Saya tiada masa untuk melayan sentimen perkauman atau isu agama. Ia tidak seharusnya dipolitikkan untuk kepentingan mana-mana pihak dalam tempoh ini. Perbuatan itu hanya mencetuskan kekeliruan dan ketegangan dalam masyarakat.

“Dalam keadaan sekarang, BN lebih mementingkan kestabilan semua lapisan masyarakat supaya agenda pembangunan dan kemajuan dapat direalisasikan.

“Mana-mana parti jangan cuba menyalakan api perkauman, memainkan isu agama sehingga membangkitkan keresahan dan kemarahan rakyat,” katanya.

Ka Siong meminta semua pihak terutama pemimpin parti bertanding PRU15 mengutamakan perpaduan antara kaum dan mengamalkan sikap bertolak ansur.

Pada PRU15, Ka Siong, 54, dicabar calon Pakatan Harapan (PH) Sheikh Umar Bagharib Ali yang juga Naib Pengerusi DAP Johor serta calon Perikatan Nasional (PN), Muhammad Syafiq A Aziz.

Kerusi Parlimen Ayer Hitam mempunyai 61,041 pengundi merangkumi kira-kira 58 peratus pengundi Melayu, 35 peratus pengundi Cina dan tujuh peratus India. Pada PRU14, Ka Siong meraih majoriti tipis 303 undi menewaskan Liew Chin Tong (PH) dan Mardi Marwan (PAS). BH

BN kekal pendirian Ismail Sabri calon PM – Ka Siong


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Myvi diterbalik kerana mengejek,langgar penghantar makanan (Video)

“Are You F*ck….” – Tular Video Calon MUDA Kepala Batas Mencarut Ketika Berucap (Video)

Anak belasah ibu kerana tak kemas rumah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker