Zahid jadi PM cuma persepsi pembangkang – Ismail Sabri

#PRU15

Zahid jadi PM cuma persepsi pembangkang – Ismail Sabri

Dakwaan satu undi kepada Barisan Nasional (BN) bersamaan satu undi untuk Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjadi Perdana Menteri hanyalah persepsi yang dimainkan pihak pembangkang dalam tempoh berkempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau yang juga naib presiden Umno menegaskan sehingga kini tiada sebarang perubahan melibatkan calon perdana menteri daripada BN selepas PRU15.

“Saya pun dengar perkara itu, tetapi semalam saya dah perbetulkan persepsi itu… pihak pembangkang hanya nak wujudkan persepsi sedangkan saya (sudah) cakap Majlis Tertinggi (MT) Umno dan Perhimpunan Agung Umno (PAU) sudah putuskan selagi perkara itu tidak di ‘reversed’ dalam mesyuarat.

“Keputusan itu kalau nak ubah mesti dalam MT, mesti diubah dalam PAU,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas program Kenduri Rakyat Bersama Komuniti Bandar Kemayan, di Bera hari ini, ketika ditanya mengenai dakwaan itu yang dijadikan modal pembangkang di media sosial, tular sejak kebelakangan ini.

Ahmad Zahid sebelum ini dilaporkan berkata Ismail Sabri kekal dinamakan sebagai ‘poster boy’ BN pada PRU15 dan calon Perdana Menteri, dengan pendirian gabungan berkenaan berhubung perkara itu tidak berubah sekiranya BN menang pilihan raya. Mk

Zahid jadi PM cuma persepsi pembangkang – Ismail Sabri


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Myvi diterbalik kerana mengejek,langgar penghantar makanan (Video)

“Are You F*ck….” – Tular Video Calon MUDA Kepala Batas Mencarut Ketika Berucap (Video)

Anak belasah ibu kerana tak kemas rumah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker