PH atasi BN, PN jauh ketinggalan, menurut tinjauan

#PRU15

PH atasi BN, PN jauh ketinggalan, menurut tinjauan

Pakatan Harapan (PH) kini mendahului Barisan Nasional (BN) dalam kaji selidik mengenai keutamaan pengundi dalam kalangan pelbagai gabungan parti politik yang bertanding dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Tinjauan dilakukan Merdeka Center itu berlangsung dari 19 Okt hingga 28 Okt lalu dan melibatkan 1,209 pengundi di semua kumpulan etnik.

Kajian mendapati 26% responden menyokong PH, dengan BN ketinggalan hanya 2%, bagaimanapun Perikatan Nasional jauh ketinggalan, dengan hanya 13% responden menyokong gabungan itu.

Gerakan Tanah Air (GTA) dan lain-lain gabungan hanya mendapat sokongan 2% responden.

Bagaimanapun, majoriti responden (31%) mengatakan mereka tidak mempunyai keutamaan atau tidak pasti.

BN yang dipimpin Umno dilihat mempunyai kelebihan dalam kalangan responden Melayu, dengan 32% sokongan manakala PN dan PH masing-masing mendapat 20% dan 13% sokongan.

Pusat penyelidikan itu berkata “keutamaan menurun dengan ketara” dan 29% responden Melayu berkata mereka tidak mempunyai keutamaan atau tidak pasti gabungan mana hendak diundi.

“Kemungkinan sebahagian daripada pengundi yang belum membuat keputusan ini masih memihak parti pemerintah, bagaimanapun pengalaman sebelum ini mendapati majoriti daripada mereka berkemungkinan memilih pembangkang, iaitu PN atau PH,” katanya.

Dengan pertembungan tiga gabungan parti politik terbesar pada PRU15, Merdeka Center berkata sukar untuk mereka meramalkan keputusan pilihan raya.

Pusat kajian itu turut menjangkakan mungkin tidak ada satu gabungan pun yang dapat membentuk kerajaan.

“Sebaliknya, besar kemungkinan sekurang-kurangnya tiga atau lebih parti atau gabungan diperlukan untuk bekerjasama membentuk kerajaan dengan majoriti mudah.” FMT

PH atasi BN, PN jauh ketinggalan, menurut tinjauan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Myvi diterbalik kerana mengejek,langgar penghantar makanan (Video)

“Are You F*ck….” – Tular Video Calon MUDA Kepala Batas Mencarut Ketika Berucap (Video)

Anak belasah ibu kerana tak kemas rumah

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker