Kaseh wira skuad negara atasi Guam

Kaseh wira skuad negara atasi Guam

Kaseh wira skuad negara atasi Guam
PEMAIN negara meraikan jaringan ketika menentang Guam. FOTO FAM

Kuala Lumpur: Skuad wanita bawah 20 tahun (B-20) negara menutup kempen kelayakan Piala Asia B-20 Wanita 2026 dengan kemenangan sulung selepas menundukkan Guam 2-0 pada aksi terakhir Kumpulan F di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, malam ini.

Kemenangan itu mengubat kekecewaan skuad kendalian Cameron Ng yang tewas 0-3 kepada Iran dan 0-16 kepada Jepun pada dua perlawanan terdahulu.

Perlawanan bermula seimbang sebelum Kaseh Carmilla meledak dua gol pada minit ke-63 dan ke-86 untuk memastikan tiga mata berharga buat skuad negara.

Skuad negara menamatkan saingan di kedudukan ketiga kumpulan dengan tiga mata, manakala Jepun muncul juara Kumpulan F selepas membelasah Iran 11-0 dalam aksi terakhir kumpulan itu.

Hanya lapan juara kumpulan dan tiga naib juara kumpulan terbaik layak ke pusingan akhir di Thailand dari 1 hingga 18 April tahun depan.

Kaseh wira skuad negara atasi Guam

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker