Saya setia bersama UMNO – Tajuddin

#PRU15

Saya setia bersama UMNO – Tajuddin

Penyandang kerusi Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman menyatakan dirinya kekal setia kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Beliau yang tidak dinamakan sebagai calon BN pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15, dilihat tidak mengambil langkah menongkah arus, seperti mana dilakukan penyandang kerusi Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kasim dan Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin.

“Esok masih ada, saya kekal setia bersama UMNO,” katanya ringkas di Instagram beliau hari ini.

Perkongsian perkataan ‘esok’ yang dimuat naik beliau dalam entrinya turut dilihat membawa makna tertentu, sama ada calon yang sudah diumumkan akan kekal atau beralih tangan esok, iaitu sehari sebelum hari penamaan calon PRU15.

BN sebelum ini mengumumkan bekas Naib Ketua Pemuda UMNO yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak, Khairul Azwan Harun sebagai calon gabungan berkenaan menggantikan Tajuddin.

Tajuddin yang juga Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak dan bekas Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani telah berkhidmat selama tiga penggal di kawasan Parlimen Pasir Salak sejak 2008.

Pada Jun lalu, beliau digugurkan sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.

Beberapa nama besar lain juga digugurkan sebagai calon BN untuk PRU15, termasuk Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa serta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Penyandang lain, Menteri Perpaduan Negara, Datuk Seri Halimah Saddique, Zahidi yang juga Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin serta Shahidan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan. BH

Saya setia bersama UMNO – Tajuddin


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRU-15: Ini senarai penuh calon-calon Barisan Nasional

Kalau jumpa laki lain saya minta cerai – Sharifah Sakinah (Video)

Tak dicalonkan adalah perkara biasa, terus setia kepada parti – Hishamuddin

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker