PRU15: Shahidan dan Zahidi akan bertanding lawan BN

KANGAR: Penyandang kerusi Parlimen Arau Datuk Seri Shahidan Kassim dan Parlimen Padang Besar Datuk Zahidi Zainul Abidin mengesahkan akan tetap bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) walaupun mereka tidak dinamakan sebagai calon Barisan Nasional (BN).

Shahidan berkata beliau bukan hanya mahu orang Bersatu dan Pas menyokongnya malah meminta orang UMNO turut sama memberikan sokongan kepada gagasan Muafakat Nasional.

“Saya ingin menjadi model kepada Muafakat Nasional dan orang UMNO kena sokong saya sebab semua gerakan (jentera BN Arau) yang dibuat sebelum ini, saya yang atur daripada A ke Z… namun tiba-tiba mereka tolak saya dan letak calon yang bukan dicadangkan oleh Jawatankuasa Bahagian,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau juga berkata pengumuman akan dibuat oleh Perikatan Nasional malam ini yang mungkin menyaksikan penambahan satu nama calon.

Zahidi pula berkata beliau bersama individu lain yang tidak disenarai sebagai calon BN berkemungkinan besar bertanding pada PRU15.

“Kami tidak pasti lagi akan bertanding atas logo (parti) mana, tunggu pada 5 Nov (hari penamaan calon) nanti,” katanya sambil menambah beliau telah dihubungi beberapa parti namun belum membuat sebarang keputusan.

BERNAMA

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRU-15: Ini senarai penuh calon-calon Barisan Nasional

Kalau jumpa laki lain saya minta cerai – Sharifah Sakinah (Video)

Tak dicalonkan adalah perkara biasa, terus setia kepada parti – Hishamuddin

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker