Surat Aku Janji palsu calon UMNO, SPRM akan siasat

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuka kertas siasatan berhubung penularan surat yang dikatakan aku janji calon UMNO untuk menyokong presiden parti itu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai perdana menteri, yang tular.

Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki yang mengesahkan perkara itu berkata, SPRM ada menerima laporan berhubung penularan surat aku janji berkenaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 kerana salah guna kuasa.

“Kami buka kertas siasatan berhubung perkara ini kerana ia merupakan satu kesalahan salah guna kuasa, dikatakan ada calon pilihan raya ini dipaksa tandatangan untuk menyokong seseorang menjadi Perdana Menteri,” katanya kepada Bernama hari ini.



Tular aku janji dengan kepala surat UMNO yang memaparkan tandatangan Ahmad Zahid dan Setiausaha Agung, Datuk Seri Ahmad Maslan, yang antara lain menyatakan ikrar calon UMNO dan Barisan Nasional yang menang pada PRU15 untuk mencalonkan serta menyokong Ahmad Zahid sebagai perdana menteri.

Azam berkata, SPRM akan memanggil pihak yang berkaitan bagi membantu siasatan kes terbabit.

Beliau berkata, antara yang akan dipanggil adalah Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah yang namanya disebut dalam aku janji itu.

Sementara itu, Setiausaha Politik kepada Shamsul Anuar, yang juga Pengarah Komunikasi Barisan Nasional (BN Comms), Datuk Azizan Md Zain membuat laporan polis di ibu pejabat polis Dang Wangi di sini hari ini berhubung penularan surat yang dikatakan aku janji itu.



Azizan berkata, pihak polis diminta menjalankan siasatan secara menyeluruh berhubung kes berkenaan kerana surat aku janji itu adalah palsu.

Pasukan undang-undang BN Comms pula membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) berhubung penularan surat aku janji itu secara dalam talian hari ini.

Setiausaha BN Comms, Dazma Shah Daud berkata, sebarang penyebaran maklumat BN hanya akan dikeluarkan melalui platform rasmi BN, BN Comms dan UMNO Online. – Bernama

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRU-15: Ini senarai penuh calon-calon Barisan Nasional



Kalau jumpa laki lain saya minta cerai – Sharifah Sakinah (Video)

Tak dicalonkan adalah perkara biasa, terus setia kepada parti – Hishamuddin



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker