Elizabeth Tan akhirnya dapat selepas lapan tahun jadi penyanyi

Elizabeth Tan akhirnya dapat selepas lapan tahun jadi penyanyi

Elizabeth Tan akhirnya dapat selepas lapan tahun jadi penyanyi
Elizabeth Tan akhirnya dapat selepas lapan tahun jadi penyanyi

 

Tampil dengan lagu istimewa sempena Hari Raya Aidilfitri selepas lapan tahun bergelar penyanyi.

Lagu berjudul Raya Cun itu hasilkan sepenuhnya komposer dan penulis lirik Diandra Arjunaidy, Mage dan Efry Arwis.



Kata Elizabeth atau mesra disapa Lizy, lagu tersebut diyakini dapat memeriahkan suasana Hari Raya menerusi bait lirik dan susunan lagunya yang disifatkan mesra pendengar.

“Lagu ini ringkas. Ia tentang suasana kecoh di pagi Hari Raya.

“Vibe lagu ini adalah rasa gembira selain elemen Hari Raya seperti baju dan duit raya yang terkandung di dalamnya,” katanya.


Baca Artikel Menarik:




Menurut Lizy, lagu tersebut bukan sahaja sesuai dengan karakter vokalnya malah seronok dinyanyikan.

“Cuma, ada cabaran ketika rakam lagu ini. Prosesnya tergesa-gesa sebab kesuntukan masa.

“Bayangkan saya hanya ada satu bulan untuk rakam dan hasilkan muzik video lagu ini.

“Tapi saya kagum dengan kecekapan kru produksi yang berjaya menyiapkan lagu ini dalam masa yang ditetapkan,” kongsinya.



Dalam masa yang sama, Lizy juga menganggap lagu tersebut sentimental buat dirinya yang mula dikenali pendengar selepas menyanyikan semula lagu raya lama.


Baca Artikel Menarik:

Aedy, sudikah awak menjadi milik saya – Amelia Henderson

“Saya anggap lagu ini sangat istimewa. Ia mengingatkan saya kepada momen awal saya dirisik Faizal Tahir selepas komposer tersebut menonton video nyanyian lagu Raya saya.



“Saya gembira kerana akhirnya saya nyanyikan lagu raya saya sendiri,” jelasnya. Utusan

Elizabeth Tan akhirnya dapat selepas lapan tahun jadi penyanyi

Insiden Yana, Aliff Syukri, ini komen penerbit program



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Aedy, sudikah awak menjadi milik saya – Amelia Henderson

Tular Video Isteri Tengking Suami Di Dobi? [VIDEO]



View Chin Dah Kahwin Dengan Penyondol@Mira

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker