Polis siasat kes bom ikan di Hutan Simpan di Perak, penjenayah alam tidak akan terlepas

Polis mula menyiasat kes sekumpulan individu didakwa menggunakan bom ikan di Sungai Singor, Hutan Simpan Temengor di Perak yang videonya tular di media sosial baru-baru ini.

Ketua Polis Perak, Mohd Yusri Hassan Basri berkata, siasatan diserahkan kepada Jabatan Perikanan dan Jabatan Perhutanan pada mulanya, tetapi kini polis turut memulakan siasatan selepas menerima laporan baharu hari ini.

Ditanya sama ada siasatan polis menjurus kepada penggunaan bahan letupan, katanya, siasatan akan dijalankan daripada pelbagai sudut dan beliau berharap semua pihak memberi ruang untuk polis menyiasat.



“Biar kita siasat dahulu ya…Apa-apa perkembangan kes akan dimaklumkan (kemudian). Kita baru jalankan siasatan dan apa-apa perkembangan akan dikemas kini,” katanya menurut Harian Metro.

Pagi tadi, sekumpulan individu dilaporkan membuat laporan di IPD Gerik. Turut hadir menyokong kumpulan itu ialah Adun Temengor dan Exco Perak, Salbiah Mohamed serta Ahli Parlimen Gerik, Fathul Huzir Ayob.

Media sebelum ini melaporkan tindakan pihak tidak bertanggungjawab menggunakan bahan letupan bagi menangkap ikan, termasuk kelah, iaitu spesies ikan dilindungi di kawasan pertemuan Kuala Sungai Mangga dan Sungai Senga di Hutan Simpan Temengor.

Perbuatan itu didakwa dilakukan sekumpulan individu sedang melakukan aktiviti berkaitan pacuan empat roda di kawasan hutan simpan itu sehingga membangkitkan kemarahan orang ramai.



Susulan itu, Jabatan Perhutanan Perak hari ini mengumumkan pembekuan kelulusan permit memasuki empat hutan simpan kekal di Hulu Perak selama tiga bulan bermula semalam hingga 15 Jun ini bagi tujuan penguatkuasaan dan kawalan terhadap sumber hutan.

Pemberian Permit Memasuki Hutan Simpan Kekal bagi tujuan rekreasi seperti aktiviti pacuan empat roda, ‘motocross’, basikal lasak, memancing dan lain-lain dibekukan bagi Hutan Simpan Amanjaya, Hutan Simpan Banding, Hutan Simpan Temengor serta Hutan Simpan Gerik.

Individu melanggar arahan itu boleh dikenakan tindakan mengikut Enakmen Akta Perhutanan Negara 1984 (Pemakaian) 1985.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kasihan Bella, saat ‘birthday’ dapat hadiah macam ini



Ruhainies nak ‘cover’ ke, siap kongsi 4 golongan haram disentuh api neraka

Zaman saya artis macam ini diboikot 4 tahun – A Aida



Bapa ‘pening’ hantar anak ke sekolah lain

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker