Ibu Jari Kanak-Kanak Tersepit Di Tombol Pintu

Ibu Jari Kanak-Kanak Tersepit Di Tombol Pintu

Ampang: Kanak-kanak lelaki berusia empat tahun menahan kesakitan lebih 30 minit selepas ibu jari kanannya tersepit di tombol pintu, hari ini.

Difahamkan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerima panggilan mengenai kejadian dari Bahagian Kecemasan Hospital Ampang sebaik menerima pesakit terbabit.

Pengarah JBPM Selangor, Norazam Khamis berkata, seramai tujuh pegawai dan anggota dikejarkan ke Hospital Ampang, Jalan Pandan Mewah di sini, sebaik menerima panggilan jam 4.47 petang.

“Sebaik tiba, anggota mendapati jari tangan kanan seorang kanak-kanak lelaki tersepit tombol pintu.

“Anggota kemudian membuat kerja menyelamat menggunakan peralatan khas dan jari mangsa berjaya dikeluarkan. Mangsa kemudian diserahkan kepada pihak hospital untuk rawatan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, operasi tamat sepenuhnya pada jam 5.30 petang.-HM

Ibu Jari Kanak-Kanak Tersepit Di Tombol Pintu

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Najib Minta DAP Jangan Politikkan Tragedi Basikal Lajak

Beli Nasi Briyani Daging RM12, Sekali Dapat Daging Meatball 3 Biji

Abang Johan Pelakon ‘Mat Saleh’ Menangis Sebab Ramai…

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker