Mohd Rafiq keluar Bersatu?

Mohd Rafiq keluar Bersatu?

MELAKA: Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Mohd. Rafiq Naizamohideen akan mengadakan sidang akhbar tergempar yang dijadualkan berlangsung petang hari ini.

Sidang akhbar terbabit dipercayai mempunyai kaitan dengan spekulasi yang mendakwa bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput itu mahu keluar daripada parti Bersatu.



Tindakan itu dipercayai berpunca daripada keputusan Perikatan Nasional (PN) yang memutuskan kerusi Parlimen Tangga Batu dan Jasin akan ditandingi calon Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Ketika dihubungi pemberita, Mohd. Rafiq mengesahkan berkenaan sidang akhbar itu, namun, enggan mengulas lanjut.

“Saya akan buat sidang media petang ini. Apa intipatinya saya tak bolehlah beritahu, kena tunggu nanti,” katanya ringkas.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, Pas Melaka mengesahkan bertanding di Parlimen Jasin dan Tangga Batu mewakili PN pada PRU-15, 19 November ini.



Timbalan Pengerusi PN Bahagian Jasin, Datuk Kamarudin Sidek berkata, keputusan itu sudah diputuskan secara muktamad pada Mesyuarat Presiden PN yang dipengerusikan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Khamis lalu.

Sebelum ini, Mohd. Rafiq yang juga Ketua Bersatu Bahagian Tangga Batu merupakan antara nama yang disebut-sebut bakal mewakili PN di kerusi berkenaan, sebelum pucuk pimpinan gabungan itu menyerahkan Parlimen tersebut kepada Pas.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Mohd. Rafiq yang berpindah dari kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput ke Telok Mas tewas dalam persaingan empat penjuru kepada calon Barisan Nasion (BN), Datuk Abdul Razak Abdul Rahman.

BN berjaya merampas kerusi berkenaan daripada Bersatu dengan majoriti 2,076 undian. Utusan



Mohd Rafiq keluar Bersatu?


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


The Sara Sisters Dikritik Seksi Melampau



Ameera Khan Memang Fake?

Rishi Sunak ‘pemuja’ Israel



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker